Petua Sentiasa Cantik Dan Kacak | Naikkan Seri Wajah
Petua Sentiasa Cantik Dan Kacak | Naikkan Seri Wajah
Kelihatan cantik adalah fitrah semua orang kan? Semua orang nak kelihatan cantik dan kacak, terutama di depan orang tersayang – suami dan isteri.
Kecantikan luaran adalah gambaran kepada apa yang kita lakukan secara dalaman. Pemakanan dan amalan spiritual tergambar pada fizikal kita, terutama pada wajah. Amalan yang utama bagi Muslim ialah dengan berwuduk yang sempurna, sepertimana pendapat ramai ulama bahawa wuduk yang sempurna memberi kesihatan yang baik dan wajah yang berseri.
1. Berusaha untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk. Tanpa sedar kesan air wudhuk akan memberikan impak yang baik pada air muka kita. Kelihatan berseri-seri, bercahaya dan putih bersih.
2. Wajah kita selalu mengukirkan senyuman yang manis dan indah-indah. Memandang seseorang dengan sebuah senyuman pastinya membuatkan orang lain senang dan tenang. Impaknya, kita juga akan menerima senyuman yang mencantikan wajah kita.
3. Bertekad untuk menjauhi dosa-dosa dan maksiat-maksiat. Ini kerana, dosa-dosa boleh menggelapkan dan menghitamkan wajah kita. Bak kata orang, hilang nur di wajah.
4. Menghiasi peribadi dengan sifat mahmudah sepanjang masa, terutama sifat suka bantu-membantu, ringan tulang dan memudahkan urusan orang lain.
5. Saling maaf-bermaafan antara manusia terutama individu yang sentiasa bergaul dengan kita. Terutamanya, Ibu bapa, adik-beadik, teman sekerja dan sahabat handai. Paling praktikal ialah kita maafkan semua orang sebelum kita tidur setiap malam tanpa dipinta.
6. Sentiasa amalkan doa apabila menatap wajah kita dicermin. “ Ya Allah sebagaimana engkau cantikan wajahku, maka perelokkanlah akhlakku.”
Seiring dengan itu, penjagaan diri dari segi pemakanan dan penjagaan diri amat penting untuk sentiasa kelihatan cantik dan berseri.
Untuk kelihatan cantik dan berseri, beberapa langkah di bawah adalah asas yang utama:-
- Minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
- Kurangkan pengambilan makanan bertapis terutama gula.
- Mengambil protein secukupnya.
- Cukupkan keperluan vitamin badan, yang mana ia amat penting untuk tona kulit dan kesihatan saraf.
- Pengambilan antioksidan melindungi kulit agar kelihatan sentiasa muda berseri, serta memelihara sel kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas.
- Vitamin C dengan bioflavonoids membantu memperbaiki kerosakan kapilari serta menjaga keutuhan tisu.
- Vitamin E memperbaiki aliran darah dalam kapilari2 halus pada kulit, sekaligus membantu dalam pembaharuan sel pada dermis dan epidermis.
- Vitamin B Complex membantu dalam pembinaan sel baru.
- Asid lemak Omega-3 & Omega-6 menjaga lembapan kulit.
- Asid amino L-Cystein membantu mengekalkan kulit yang sihat dan muda.
- Zinc membantu dalam perkembangan dan baikpulih kulit yang rosak.
10 ulasan:
Assalamualaikum. Lebih bertambah manis bila berpakaian ikut syariat. Kami di wafaswaer ada menjual pelbagai shawl labuh cotton, chiffon, crepe, paisley. Juga ada Tshirt yg manis, inner tudung warna menarik. Jemput ke www.wafaswear.blogspot.com
Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan Dan kepunyaan tuan yang Ada pada diri saya Dan keluarga saya.. Saya ambil yang hak sahaja dari tuan dulu kini Dan akan datang
-syazwana-
Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya. Saya ambil yang haq sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang.
Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil dari tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya.saya ambil yang hak sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang.
saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil dari tuan/ puan dan kepunyaan tuan/ puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya.saya ambil yang hak sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang.
Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil dari tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya.saya ambil yang hak sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang.
Saya pulangkan apa sahaja yang says ambil Dari tuan/puan Dan kepunyaan tuan/puan yang Ada pada diri saya Dan keluarga saya. Saya ambil yang hak sahaja Dari tuan dulu kini Dan akan datang .
Saya pulangkan apa sahaja yang says ambil Dari tuan/puan Dan kepunyaan tuan/puan yang Ada pada diri saya Dan keluarga saya. Saya ambil yang hak sahaja Dari tuan dulu kini Dan akan datang .
Sekarang saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada awak dan kepunyaan awak yang ada pada diri saya.apa sahaja yang saya ambil daripada awak.saya ambil yang haq semata-mata tiada yang lain dulu kini dan selamanya
Catat Ulasan