Home » , , , , , » Nabil Ahmad Tinggalkan Suria Fm,Enggan Perbaharui Kontrak

Nabil Ahmad Tinggalkan Suria Fm,Enggan Perbaharui Kontrak


Nabil Ahmad Tinggalkan Suria Fm,Enggan Perbaharui Kontrak




Nabil Ahmad Tinggalkan Suria Fm,Enggan Perbaharui Kontrak

Hari ini Nabil Ahmad telah mendedahkan beliau akan meninggalkan Suria Fm setelah sethun Berkhidmat Dengan Mereka dan akan menamatkan kontraknya disember ini
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 29, berkata, keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi fokus kepada bidang lakonan dan pengacaraan pada tahun hadapan.
“Menjadi penyampai radio bukannya satu kerja yang mudah. Walaupun kita dilihat ke udara selama empat jam, tapi banyak perkara yang perlu dibuat seperti merancang segmen sebelum ke udara.
“Keputusan ini perlu saya ambil demi komitmen masa untuk keluarga dan cabang seni yang lain seperti berlakon dan mengacara,” katanya.

Nabil juga berkata, pengundurannya tiada kena mengena dengan tawaran daripada pihak lain.
“Bayaran yang saya terima di Suria FM juga sama dengan apa yang terdapat di stesen lain jadi soal tawaran tiada kena mengena langsung.
“Minat saya lebih ke arah televisyen, jadi saya perlu membuat keputusan untuk memilih antara satu dan tak boleh nak jadi penyampai radio dan berlakon sekaligus,” tuturnya lagi.
Sementara itu, menurut Nabil, dia percaya pihak Suria FM akan dapat mencari penggantinya bagi menaikkan lagi jumlah pendengar radio berkenaan.
Dalam perkembangan lain, dia masih berminat untuk bergelar penyampai radio dan tidak menolak jika ada tawaran untuknya pada masa akan datang.
“Banyak yang telah saya timba sepanjang berada di Suria FM dan rakan-rakan di sana telah mengajar saya mengenai selok-belok penyampai radio.
“Saya akan gunakan ilmu tersebut untuk kebaikan dan jika ada tawaran selepas tiga atau empat tahun akan datang, saya mungkin akan pertimbangkannya semula,” ujar Nabil. Nabil menyertai Suria FM pada Januari lalu dan digandingkan bersama penyampai radio popular Halim Othman serta Kencana Devi mengendalikan segmen Breakfast@Suria.
Sementara itu Timbalan Ketua Pegawai Penyiaran Kumpulan Radio The Star, Kudsia Kahar mengesahkan keputusan Nabil untuk tidak menyambung kontraknya semula.
“Kami dari Kumpulan Radio The Star ingin merakamkan ucapan terima kasih kami kepada Nabil dan juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.
“Memang benar Nabil telah datang dan berbincang dengan saya tentang hasratnya untuk menumpukan perhatian dalam bidang lakonan dan juga pengacaraan.
“Sepanjang perkhidmatannya dengan Suria fm, Nabil tidak pernah memberi masalah dan sentiasa berterus terang serta tidak pernah menyentuh pun soal bayaran dan juga soal-soal yang berkaitan dengan wang.
“Beliau masih muda dan ingin mencuba bakatnya dalam cabang seni yang lain jadi kami memahami perasaannya,” ujar Kudsia.
Dalam pada itu kata Kudsia, Suria fm masih berminat untuk terus mengadakan kerjasama dengan Nabil dan ini mungkin dapat diteruskan dalam rancangan yang dirakamkan.
“Bagaimanapun perincian mengenai perkara itu masih belum ditentukan dan buat masa ini berilah ruang pada Nabil untuk menikmati saat-saat manisnya sebagai bapa,” jelas Kudsia lagi.
Nabil baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata minggu lalu.





No more limits to your online shopping!
Can’t wait for new smartphones or tablets to launch in Malaysia months later? Got your eye on some cool stuff but your favorite brand doesn’t ship here?

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink