Shila Minta Maaf Isu Cium Tangan
PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah memohon maaf kepada peminat kerana tindakan spontannya mencium tangan kekasihnya pelakon Sharnaaz Ahmad ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu pada Anugerah IndustriMuzik (AIM) ke-19, malam Sabtu lalu.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, berkata, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja lebih-lebih lagi pada ketika itu dia berada di samping orang yang disayanginya apabila pengumuman dibuat.
"Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berda di samping orang yang saya sayang.
"Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Pada AIM19 yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati, Shah Alam itu, aksi Shila mencium tangan Sharnaaz selepas diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menimbulkan perasaan kurang senang pada khalayak.
Peminat Shila melahirkan rasa kekecewaan di Facebook dan Twitter kerana perbuatan itu dianggap telah melanggar batasan sebagai wanita Muslim yang bertudung.
Klik= SINi
0 ulasan:
Catat Ulasan