Anne Ngasri Nikah 22 Disember
Anne ngasri selepas bertunang dengan ahli politik
Anne Ngasri Rancang Nikah 22 Disember! Selepas bertunang pada minggu lepas, Anne Ngasri dan pasangannya Mohd Sumali Reduan merancang untuk bernikah pada 22 Disember ini.
Anne juga berharap pernikahan ini adalah pernikahan yang terakhirnya. Menurut Anne,
Dia hadir pada waktu yang sempurnakan hidup saya dan anak. Saya ingin membina keluarga sakinah yang menjadi idaman setiap suami isteri.
Dalam pada itu Sumali yang merupakan Setiausaha Kerja Pemuda Umno menafikan yang dirinya menjadi punca perpisahan hubungan Anne dan Aliff Aziz. Menurut Sumali,
Mula-mula, saya tiada perasaan terpaut kepadanya. Saya tahu dia ada teman lelaki, jadi saya tidak ganggu. Selepas saya tahu dia sudah putus, saya mula rapat dengannya.Saya akui saya sudah lama perhatikan Anne, bila sudah kenal, saya dapat rasakan kami serasi kerana banyak berkongsi persamaan. Saya selesa berkawan dengan dia. Malah, Anne faham saya ada seorang anak dan dia pula tiga anak.
Sedang Mencari Pekerjaan yang sesuai? KLIK = SINI
0 ulasan:
Catat Ulasan