GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE



Diana Danielle Danny Beeson kini sah menjadi isteri kepada pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil dengan selaki lafaz disaksikan hadirin yang hadir di Hotel Flamingo,Ampang, Kuala Lumpur.




majlis akad nikah ini dilangsungkan di tepi tasik sekitar ruang legar Hotel Flamingo,Ampang ,Kuala Lumpur.Farid Kamil seterusnya terus melakukan solat sujud syukur sejurus selepas pernikahan bagi memanjatkan kesyukuran setelah sah menjadi suami isteri



“Saya bersyukur semuanya berjalan lancar pada hari yang sangat bermakna kepada saya dan juga Diana. Saya mengharapkan perkahwinan ini kekal ke alam syurga,” kata Farid Kamil di majlis akad nikah tersebut.
Aktres kacukan Amerika-Melayu ini menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki berupa senaskhah Al-Quran dan telekung, sirih junjung, mas kahwin dan cincin, sepasang persalinan, manisan, kek serta kasut dan bag.
Manakala Farid pula menerima tujuh dulang iaitu mini bike Kawasaki, sirih junjung dan Bubble Gum Towel, set pewangi Hugo Boss, sebentuk cincin dan wallet, majalah Polo,manisan dan foto album daripada pihak pengantin.
Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 30 November 2012 manakala majlis sambut menantu pula akan berlangsung pada 12 Disember di Jitra, Kedah.

KLIK=SINI











0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink