Kemungkinan AES Dibatalkan,Apa Komen Anda






Kemungkinan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dibatalkan?

Tindakan keras kerajaan untuk meneruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) melahirkan penentangan daripada rakyat

aes-malaysia.blogspot.com, sebuah blog yang diwujudkan oleh rakyat tanpa nama minggu ini, menggunakan skrip pembangkang persekutuan dalam posting menyerang kamera AES.



Untuk pengetahuan anda, Dua syarikat yang menerima kontrak untuk melaksanakan sistem penguatkuasaan tersebut – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap kedua-duanya – akan membelanjakan diantara RM300 juta dan RM400 juta untuk memasang kamera trafik di 831 “lokasi hitam” di seluruh negara.



Kedua-dua Ates dan Beta Tegap berhak menerima RM16 bagi setiap saman sah bagi lima juta pertama dikeluarkan. Mereka kemudiannya akan membahagikan baki hasil sekata dengan kerajaan sehingga masing-masing mendapat sebanyak RM270 juta.

Ketika Kong dan pemimpin lain kerajaan mempertahankan AES diatas nama keselamatan jalan raya, kedua-dua syarikat berkenaan berdiam diri tentang kamera kontroversi tersebut.

Berdasarkan model perniagaan ini, kedua-dua syarikat akan mengumpul RM80 juta bagi setiap lima juta pertama saman yang dikeluarkan oleh setiap syarikat. Ini membolehkan sebanyak RM160 juta dikumpulkan.

Di bawah peringkat kedua perjanjian itu, syarikat akan mendapat sejumlah RM540 juta, menjadikan jumlah diterima kedua-dua syarikat kepada RM700 juta.

Berdasarkan pembahagian keuntungan dengan kerajaan, angka RM540 juta mewakili 3.6 juta saman RM300 setiap satu.

Untuk mencecah RM700 juta keuntungan diatas modal, sejumlah 13.6 juta saman RM300 setiap satu bagi kesalahan memandu laju perlu dikeluarkan melalui kamera AES.

Kedua-dua syarikat akan mempunyai lima tahun untuk mendapatkan 13.6 juta saman titik pulang modal sebelum keseluruhan sistem dikembalikan kepada kerajaan.

Bagi memastikan syarikat mendapat keuntungan daripada perjanjian dengan kerajaan, mereka hampir pasti perlu mengeluarkan lebih daripada 13.6 juta saman setahun.


Kecurigaan meluas bahawa pengenalan AES didorong oleh keuntungan dan bukan keselamatan jalan raya digunakan sebagai kempen PR dan kemarahan orang ramai semakin meningkat.

Kedah, Penang, Kelantan dan Selangor – kesemuanya diperintah PR – telah memutuskan untuk menagguhkan kelulusan AES yang mengesan kelajuan dan mengeluarkan saman.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang berpengaruh termasuk badan payung mewakili penjawat awam, Cuepacs, juga telah menentang penguatkuasaan, mengatakan sistem tidak sesuai buat masa ini.

Mereka juga mahu kerajaan mengkaji lokasi di mana AES akan beroperasi.


untuk pengetahuan lanjut KLIK=SINI

APA KOMEN ANDA?

Ceriakan hari anda dengan sinaran senyuman klik= SINI

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink