Lagi Kes Pelacur Indonesia Dipukul Dan Dirogol Polis Malaysia


Lagi Kes Pelacur Indonesia Dipukul Dan Dirogol Polis Malaysia




























Lagi Kes Pelacur warga Indonesia Dipukul Dan Dirogol Polis Malaysia


Polis Pulau Pinang pada Ahad menyanggah laporan seorang wanita Indonesia yang mendakwa diRoGoL dua anggota polis di Taman Limau Manis, Bukit Tengah, pada Sabtu.


Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pemeriksaan perubatan dan siasatan awal mendapati wanita berusia 26 tahun itu bukan sahaja tidak diRoGoLdan dipukul, bahkan tiada anggota polis yang digambarkannya bertugas pada waktu kejadian.



"Saya menafikan kejadian itu dan ini adalah satu tohmahan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama kepada anggota saya di Pulau Pinang," katanya .



Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Ahad yang antara lain menyatakan seorang wanita Indonesia mendakwa diRoGoL dan dipukul dua anggota polis peronda dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu.



Wanita itu mendakwa teksi yang dinaikinya ditahan sebuah kereta peronda polis dan dia ditahan kerana hanya membawa salinan pasport. Dakwanya lagi, dia turut dipukul sehingga pengsan selama dua jam.



Dia kemudian membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta di Bayan lepas dan memaklumkan diRöGöL serta dipukul kepada doktor di klinik tersebut sebelum kesnya dirujuk kepada polis.



Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, siasatan lanjut terhadap wanita berkenaan juga mendapati banyak keraguan dalam keterangannya.



"Semalam kita bawa dia ke tempat-tempat yang didakwanya berlaku kejadian terbabit dan mendapati beberapa dakwaan dia menimbulkan keraguan dan tidak sama dengan dakwaan awal.



"Wanita itu juga memberi keterangan yang meragukan termasuklah lokasi dia diRöGöL kerana lokasi berkenaan didapati berada di kawasan tumpuan orang ramai dan kawasan itu juga dikawal oleh pasukan Skim Rondaan Sukarela sepanjang masa," katanya.



Selain itu katanya, polis turut membuat pemeriksaan terhadap anggota peronda polis yang bertugas pada waktu kejadian dan mendapati tiada yang menepati gambaran yang diberi wanita tersebut selain dia juga gagal mengenal pasti siapa yang meRoGoLnya.



Menurut Abdul Rahim, hasil siasatan juga mendapati wanita itu bekerja sebagai pelayan pelanggan di sebuah premis hiburan di Seberang Jaya, bukan pekerja kilang seperti yang didakwa.



"Setakat ini kita dapati wanita berkenaan sengaja mereka-reka cerita kononnya dia diRoGoL oleh dua anggota polis, bagaimanapun polis tetap menjalankan siasatan dari pelbagai aspek.



"Polis juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan terhadap wanita itu jika dia didapati sengaja mereka cerita dan membuat tomahan kepada polis," katanya.


0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink