Home » , , , , , , , , » Puisi Ustaz Azhar Idrus – Derita Kita, Derita Mereka | Maafkan Kami Gaza Dan Syria (Video)

Puisi Ustaz Azhar Idrus – Derita Kita, Derita Mereka | Maafkan Kami Gaza Dan Syria (Video)

Puisi Ustaz Azhar Idrus – Derita Kita, Derita Mereka 


















Puisi Ustaz Azhar Idrus – Derita Kita, Derita Mereka 

Puisi Maafkan kami Gaza dan Syria- Ustaz Azhar idrus


Buat pertama kalinya Ustaz Azhar Idrus berpuisi, khas sempena program Bicara Selebriti sempena Hari Hiburan Islam Kelantan yang telah diadakan pada 1 Disember 2012 bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan dihadiri oleh kira-kira 20 000 hadirin.










Derita Kita, Derita Mereka -Ustaz Azhar Idrus-

Derita kita….
Derita kita menanti majunya negara,
Derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangkan,
Derita kita belum dapat bantuan subsidi,
Derita kita kerana anak tidak lulus periksa,
Derita mereka apabila anak2 mereka menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru2 yahudi yang merobek kulit mengeluarkan isi perut anak2 kecil yang tidak berdosa, itulah derita para ibu yang berada di bumi GHAZA…
Para ibu di negara kita,
Derita belum sempat membeli gelang baru,
belum sempat membeli rantai baru, belum sempat menempah siap pakaian baru, samakah kita dengan mereka?

Bumi GHAZA,
2012 menjadi tontonan cerita perang dalam television setiap umat Islam yang jumlahnya berbilion2…
Wahai Ghaza,
Kami saudara kamu, seagama denganmu,
kami lelaki2 sekuatmu juga,
kami memohon ampun kepadamu wahai Ghaza,
kami memohon ampun kepadamu wahai Syria,
kerana kami tidak menghantar kereta2 kebal kami yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan..
Minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria,
kami ada tentera tapi kami tidak mampu pergi kepada kamu,
Mohon kemaafan banyak2,
kami hanya menjadi penonton di mana darah2 anak2mu, isteri2mu jatuh titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci,
Wahai Ghaza,
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad,
terimakanlah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhada’mu,
Wahai Syria,
walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu,
terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad2 kamu,
melawan segala yang menjadi musuh Allah, al-Yahudu wal Bashar,
Wahai Ghaza, wahai Palestin, wahai Syria,
maafkan kami, terimakanlah doa daripada kami dan sudilah kiranya roh2 kami bersemadi bersama jasad2mu…


Kredit Sumber

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink