Home » , , , , , , » HondaJet HA-420: Kapal Terbang Pertama Keluaran Honda

HondaJet HA-420: Kapal Terbang Pertama Keluaran Honda


Honda kini sedang mula mencuba pasaran produk baru..Kini, produknya bukan sahaja terhadap terhad kepada pengangkutan daratdan robotik, malah terbuka kepada pengangkutan udara hasil daripada produk terbarunya iaitu penghasilan sebuah jet peribadi yang diberi nama Honda Jet HA-420.





Jet peribadi keluaran Honda ini boleh memuatkan seramai 6 orang penumpang dan cukup sesuai untuk dijadikan pengangkutan bagi percutian keluarga yang inginkan layanan setaraf VIP dan seselesa yang mungkin.


HondaJet Ha-420 ini mempunyai reka bentuk yang unik bermula daripada bahagian enjin, bahagian sayap dan bahagian komponen pesawat yang lain. Ia direka dengan tujuan untuk mengurangkan daya geseran sewaktu penerbangan serta mengekalkan kelajuan yang memberangsangkan iaitu 483 mph.


Dengan sistem penerbangan yang direka dengan rekaan terbaru daripada Garmin G3000 dan dua enjin jet kipas turbo HF20 yang dipasang pada bahagian sayap, anda akan merasakan yang pesawat HondaJet HA-420 merupakan pesawat yang paling berjaya dalam kelasnya.


HondaJet pernah membuat penampilan sulungnya pada Disember 2003. Ia dipaparkan kepada umum pada Julai 2005 di sebuah pertunjukan udara, EAA AirVenture yang telah diadakan di Oshkosh, Wisconsin.


Dengan gabungan beberapa bahan komposit yang ringan, enjin yang cekap, reka bentuk yang aerodinamik, HondaJet dikatakan mampu mencapai kecekapan bahan api sehingga  35% berbanding pesawat lain seumpamanya.

=MULAKAN KERJAYA ANDA SEBAGAI JURUTERA PELBAGAI SEKTOR KLIK= SINI

Dengan gelaran "pesawat peribadi yang paling ringan", HondaJet HA-420 kini sudah berada di tahap pemasangan akhir dan akan diuji pada awal tahun 2013 dengan anggaran harga sebanyak US$4.5 juta sebuah.





SEMPOI


0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink