Home » , , , » Persalinan Perkahwinan Apek Dan Leuniey Cecah RM45,000

Persalinan Perkahwinan Apek Dan Leuniey Cecah RM45,000





Ezuwan Ismail merupakan pereka fesyen yang telah dipertanggung jawab mereka busana perkahwinan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dengan gadis pilihan hatinya, Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey).
Dalam pertemuan baru-baru ini antara beliau dan wartawan, para wartawan sempat mengorek serba sedikit mengenai persiapan dari segi busana perkahwinan pasangan itu kepada Ezuwan.

Ezuwan dilihat pada mulanya agak keberatan mahu bercerita kepada wartawan bagaiamanapun secara ringkas memberitahu pada majlis akad nikah nanti, Apek dan Luniey mengenakan persalinan warna sedondon baju Melayu dan baju kurung.




Manakala untuk persandingan di sebelah pihak perempuan, mereka akan memakai sepersalinan songket tradisional (skin colour). Manakala persandingan di Kuala Lumpur pula, mereka akan mengenakan busana berkonsep ‘English moden’.
Tambah Ezuwan, kos baju untuk akad nikah dianggarkan lebih kurang RM10,000. Baju persandingan pula berharga RM20,000 dan baju persandingan untuk majlis di Kuala Lumpur berharga RM15,000.
Apabila ditanya sejak bila Apek dan Leuniey berjumpanya dan berbincang mengenai persiapan perkahwinan mereka, Ezuwan berkata,
“Saya rasa tak sesuai untuk saya bercerita banyak. Lagipun tuan empunya badan akan umumkan di sidang media nanti. Tapi apa yang boleh saya katakan, mereka datang berjumpa saya pada sebelum raya AidilAdha lalu. Pada hari itu juga kami mula berbincang dan terus memulakan ukuran.
“Hanya satu malam saja kami berbincang. Sewaktu berjumpa tu saya terus design depan mereka, dan Apek dan Leuniey ikut saja dengan cadangan yang diberikan”, katanya Ezuwan Ismail sewaktu ditemui di acara post-party Anugerah Skrin, pada Jumaat lalu.
Hubungan Apek dan Leuniey mula dikesan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, awal tahun ini.  
SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI Klik = SINI

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink