Gambar Anak-Anak Aaron Aziz Bakal Jadi Artis| Aaron Aziz Tidak Halang Anak-Anak Jadi Pelakon
Gambar Anak-Anak Aaron Aziz Bakal Jadi Artis
Untuk pengetahuan Aaron Aziz dan Diyana Halik mempunyai 3 orang cahaya mata Danish Anaqi,Dwi Ariana dan yang bongsu bernama Dahlia Arissa yang sangat cmel dan pandai bergaya sama seperti ibu bapa mereka
Boleh disaksikan aksi anak-anak Aaron Aziz pandai bergaya dan sangat fotogenik
Nama Anak aaron aziz bermula dengan pangkal hurul A dan D kerana Kombinasi Nama Aaron Dan Diyana.Jom Kita lihat Gambar Anak-anak Aaron Aziz yang bakal Jadi Artis suatu hari nanti,,siapa tahu..
Aaron Aziz Tidak Halang Anak-Anak Jadi Pelakon
PETALING JAYA: Pelakon popular, Aaron Aziz tidak akan menghalang jika anak-anaknya ingin mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon atau cabang lain dalam dunia seni. Aaron berkata, dia tidak berhak untuk menentukan masa depan anak-anaknya kerana mereka berhak membuat keputusan terhadap masa depan masing-masing.
"Sebagai seorang bapa saya tidak akan menghalang apa juga cita-cita mereka kerana itu adalah kehendak dan pilihan mereka.
"Apa yang boleh saya boleh buat adalah menyokong setiap keputusan mereka apabila mereka besar nanti," ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Aaron, pihak produksi juga ada beberapa kali memberitahu ingin mengambil anaknya sebagai pelakon kanak-kanak namun merasakan masih terlalu awal untuk memberikan mereka bekerja.
"Banyak dah orang mintak nak ambil mereka berlakon tetapi rasanya mereka masih kecil untuk bekerja. Mungkin suatu hari nanti saya benarkan," katanya.
Dalam pada itu, Aaron tidak menafikan ada memberi pendedahan kepada tiga anaknya iaitu Danish Anaqi, 8, Dwi Ariana, 6 dan Dahlia Arissa, 2 tahun, apabila sering membawa mereka ke lokasi penggambaran. Aaron berkata, selain memberi pendedahan kepada anak-anaknya, dia juga mahu mereka memahami apa yang dilakukannya sebagai punca rezeki selain dapat menghabiskan masa bersama mereka.
Pun begitu kata Aaron, anak-anaknya hanya mengikutnya ke lokasi apabila hujung minggu atau cuti sekolah sahaja. Sementara itu, Aaron yang baru sahaja mendapat taraf penduduk tetap di negara ini berkata, dia sebolehnya ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam bidang lain yang lebih terjamin.
Atas dasar itu juga, Aaron memberitahu dia memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang terbaik selain sentiasa memantau aktiviti persekolahan mereka. "Bukan kata jadi pelakon ni tak elok tetapi biasalah sebagai seorang bapa kita ingin melihat anak-anak lebih berjaya daripada diri kita dan berasa bangga dengan mereka. "Walaupun saya rapat dengan mereka tetapi dalam bab-bab disiplin dan belajar mereka cukup takut dengan saya," ujarnya.
1 ulasan:
Comelnye.... Anak aaron aziz.saye doakan anak2 aaron aziz akn ikut jejak papa die.Amin....
Catat Ulasan