Rossa - Saya tanggal tudung kerana kontrak

Rossa - Saya tanggal tudung kerana kontrak

rossa
Rossa - Saya tanggal tudung kerana kontrak

Sekembalinya dari mengerjakan haji tahun lalu, Rossa, 34, tampil mengenakan hijab. Perubahan itu dapat dilihat ketika penyanyi ini menjadi juri rancangan X-Factor Indonesia.

Pastinya perkara itu amat menggembirakan ramai pihak, terutama peminat penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta itu. Walaupun bertudung litup, kejelitaannya tetap terserlah.

Bagaimanapun, penampilan berhijab itu tidak kekal lama apabila pemilik nama penuh Rossa Roslaina Sri Handayani ini kembali mendedahkan rambutnya.

Ternyata tindakan Rossa membuka hijab mendapat kritikan ramai, termasuk peminatnya sendiri.

“Saya akui tindakan membuka tudung mengundang pelbagai reaksi negatif. Mereka tidak suka dengan tindakan itu.

“Sejujurnya, saya terpaksa berbuat demikian kerana perlu mematuhi kontrak dan perjanjian yang sudah dipersetujui lebih awal. InsyaAllah, selepas segala perjanjian atau kontrak tamat, mungkin saya akan berhijab atau selepas mendirikan rumah tangga,” katanya ketika ditemui pada sidang media Enjoy Jakarta di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Hadir sama memeriahkan acara itu adalah kumpulan Ungu; pengacara terkenal, Sarah Sechan; dan vokalis kumpulan Kahitna, Heidi Yunus.

Walaupun kembali membuka tudung, tegas Rossa, dia tetap menjaga penampilan supaya tidak mencetuskan kontroversi memandangkan dirinya sudah bergelar hajah.

“Rasanya penampilan saya sekarang lebih sopan,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini.

Alami kejutan budaya

Sewaktu mula-mula sampai di kota Jakarta kerana melanjutkan pelajaran di Universiti Indonesia, Rossa tidak malu mengakui dia mengalami kejutan budaya. Mengulas lanjut perkara itu, Rossa berkata, membesar di Sumedang yang mengamalkan cara kehidupan penuh lemah lembut dan sopan membuatkan dia kekok di sana.

“Di tanah kelahiran saya di Sumedang, orangnya bercakap dengan lemah lembut dan sopan.

Apabila berada di Jakarta, kebanyakan mereka bercakap dengan kuat dan menjerit-jerit.

Saya sangat tidak biasa dengan keadaan seperti ini.

“Bagaimanapun, lamakelamaan saya semakinbetahdengan gaya hidup seperti itu,” cerita Rossa.

Ditanya apakah pengalaman itu mengubah dirinya, Rossa menjelaskan, dia bersyukur kerana perubahan yang berlaku bukanlah ke arah negatif.

“Untuk hidup di Jakarta, saya kena kuat dan sentiasa berfikir jika orang lain boleh, mengapa saya tidak? Lagi pun, setiap minggu, ibu saya akan datang mengunjungi, jadi tiada masa untuk buat perkara bukanbukan,” katanya.

Anak didik jadi juara

Beralih kepada perkembangan kerjaya seni, Rossa baru selesai menjalankan tugas juri program realiti X-Factor, selepas enam bulan terikat dengan tanggungjawab itu.

“Kini saya bebas. Saya sangat bersyukur kerana anak didik saya, Fatin Shidqia, akhirnya menjadi juara. Sebagai mentor, saya sangat bangga dengan pencapaiannya. Bermula sesi uji bakat, dengan hanya berpakaian seragam sekolah, akhirnya dia pulang dengan membawa pulang kereta yang dimenangi.

“Walaupun dia kini bukan lagi di bawah jagaan saya, tetapi saya tetap memberi nasihat dan berkongsi ilmu bagaimana mahu menjadi artis yang baik,” kata Rossa yang kini sedang sibuk mengumpulkan metarial untuk album solo terbaru.

Mengulas tanggung jawabnya sebagai jurucakap kempen Enjoy Jakarta, Rossa berkata, dia gembira kerana usaha selama dua tahun selepas pelantikannya semakin menampakkan hasil.

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink