26 Aktivis Demo Ke Parlimen Ditahan [gambar & video]

26 Aktivis Demo Ke Parlimen Ditahan [gambar & video]


26 Aktivis Demo Ke Parlimen Ditahan [gambar & video]

Sekumpulan kira-kira 50 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok pagi ini mengadakan perhimpunan di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen.
Kumpulan berkenaan, yang antara lainnya dipimpin aktivis siswa Adam Adli mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi ini.
Keadaan bertukar tegang kira-kira sejam kemudian apabila kumpulan tersebut cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.
Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.
Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu.
Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli.
Sehingga jam 11.15 pagi tadi pihak Polis dilaporkan dilaporkan oleh Malaysiakinitelah menahan seramai 26 peserta demo itu
Sementara itu Harakahdaily melaporkan antara yang ditahan Polis ialah Safwan Anang, Ekhksan Bukhari serta Akram Ahmar.




 
 Sumber video dari SINI

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink