Ahli Korporat Misteri Taja 120 Pergi Umrah Secara Percuma
Ahli Korporat Misteri Taja 120 Pergi Umrah Secara Percuma
Kuala Lumpur: Bukan dua atau tiga tetapi 120 orang, termasuk 35 artis, mendapat ‘rezeki terpijak’ apabila ditaja seorang ahli korporat ‘misteri’ untuk menunaikan umrah secara percuma.
Turut mendapat habuan ialah penduduk dan pelajar kurang kemampuan sekitar Pulau Indah, Klang, yang berlepas ke tanah suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang ke Jeddah, Arab Saudi pada pagi Selasa lalu dan dijangka pulang ke tanah air pada 22 Jun ini.
Rombongan artis diketuai Datuk Zulkifli Zain. Ini julung kali ada pihak sanggup melabur sejumlah wang begitu banyak untuk menaja artis.
Jika mengambil kira kos satu kepala jemaah RM7,000, bermakna RM840,000 dibelanjakan untuk rombongan umrah ini.
Lebih menarik, ahli korporat berkenaan tidak mahu menonjolkan diri dengan kerja amal itu, bagaikan mahu melabur saham ke syurga.
0 ulasan:
Catat Ulasan