Home » , , , , , , , » Pelatih PLKN Sri Ledang lahir bayi dalam tandas

Pelatih PLKN Sri Ledang lahir bayi dalam tandas



Gambar Hiasan

Pelatih PLKN Sri Ledang lahir bayi dalam tandas



MUAR 19 Jun - Seorang remaja yang sedang menjalani latihan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Ledang di Jementah, dekat sini melahirkan seorang bayi lelaki di tandas kem berkenaan sebelum bayi tersebut dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Bayi lelaki seberat 2.7 kilogram itu difahamkan dilahirkan di tandas berkenaan kira-kira pukul 3 pagi sebelum kejadian itu disedari pengurusan kem yang kemudian membawa ibu bayi terbabit bagi mendapatkan rawatan selain membuat laporan polis.

Remaja berusia 18 tahun bersama anaknya yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini. Bagaimanapun bayi tersebut disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba untuk rawatan.

Dia dipercayai berasal dari sebuah kawasan Felda di Kulaijaya dan dikatakan memasuki PLKN tersebut pada April lalu serta dijadualkan akan menamatkan latihan beberapa hari lagi.

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink