Syura sah juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke-2.
Syura menewaskan Celina Khor apabila menu bertemakan 'Sajian Sehangat Bintang' ciptaannya berjaya memikat hati juri Masterchef Selebriti Musim Ke 2.
Syura dan Celina bersaing untuk mencipta menu untuk sembilan orang VVIP kelas pertama dalam sebuah penerbangan MAS.
Dalam cabaran tersebut, masing-masing dikehendaki membuat sejenis pembuka selera, sajian utama dan pencuci mulut.
Kemenangan itu diakui tidak dijangka Syura kerana dirinya bukan peserta pilihan dan tidak yakin dengan gelaran juara itu.
Syura menyumbang RM 60,500 kepada Badan Kebajikan Kanser Payudara Persekutuan.
Sementara Celina menyumbang RM 10,000 kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor (Fury Friends Farm).
0 ulasan:
Catat Ulasan