Faizal Tahir Di Banned Media , Apa Puncanya?

Faizal Tahir Di Gam Banned Media, Apa Puncanya?




















Faizal Tahir Di Gam Banned Media, Apa Puncanya?



Sedih aku dengan media dan perangai orang Malaysia ini, kalau berlainan pendapat dikira menentang dan di ban sesuka hati. Perangai ini dah jadi amalan dari pimpinan tertinggi sehinggalah JKKK kampung.

Petang semalam heboh di Twitter mengatakan penyanyi terkenal, Faizal Tahir telah digam sebuah syarikat stesen televisyen tempatan. Berita tergempar itu telah memeranjatkan banyak pihak terutamanya peminat dan penyokong setia Faizal Tahir.

tidak pasti apakah punca sebenar dan bagaimana ianya terjadi, namun, desas desus mengatakan hal itu berpunca apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pendapat Faizal Tahir mengenai sesuatu isu.


Menurut sumber, perkara ini dipercayai ada kaitannya dengan isu politik. Tapi tak berani nak cakap lebih-lebih kerana belum ada kepastian dan penjelasan yang sahih dari mana-mana pihak.

Lebih malang lagi, penyanyi yang terkenal dengan kelantangannya dalam menyuarakan pendapat itu juga dipercayai disingkirkan dari menyertai beberapa acara yang melibatkan dirinya.

Meskipun diduga dengan cabaran yang tidak kurang besarnya ini, Faizal Tahir dilihat masih mampu bergurau melalui beberapa tweet berunsur sarkastik yang dikemaskini olehnya.


Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama Faizal Tahir berdepan kontroversi seperti ini. Beberapa tahun yang lalu dia pernah digam dari televisyen swasta gara-gara membuka baju semasa membuat persembahan di hadapan penonton.

Buat masa ini, kita tunggu sahaja kenyataan yang keluar dari Faizal Tahir dan pihak yang berkaitan supaya segalanya terjawab dan tidak menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat mahupun penggiat seni yang lain

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink