SOFI JIKAN MENINGGAL KERANA DENGGI Hanya Salah Faham YANG MENINGGAL ADIKNYA
SOFI JIKAN MENINGGAL KERANA DENGGI Hanya Salah Faham YANG MENINGGAL ADIKNYA
Kami menerima maklumat tentang pemergian seorang pelakon hebat yang baru sahaja memenangi Anugerah Pelakon Jahat Terhebat di Anugerah Blockbuster Astro baru-baru ini. Tiada maklumat rasmi sehingga kini tentang sejauh mana kebenaran berita ini lagi
Berikut adalah maklumat yang sampai ke inbox kami di Facebook.
Jika mengikut maklumat ini, Sofi Jikan dikhabarkan meninggal dunia awal pagi tadi di Unit Rawatan Rapi, Hospital Subang Jaya kerana demam denggi. Apapun ingin kami highlight di sini bahawa ini adalah berita dari maklumat orang ramai dan juga pihak yang menggatakan mereka saudara terdekat kepada pelakon tersebut. Ianya bukanlah berita yang rasmi lagi.
Kami akan update semula artikel ini dengan maklumat yang rasmi nanti samaada berita ini benar atau sekadar khabar angin sahaja. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk meminta pihak yang mengenali atau dekat dengan Sofi Jikan tampil memberikan penjelasan ianya khabar angin palsu atau sebaliknya. Kami sendiri tidak berani untuk bermain tentang soal kematian.
Hanyalah SALAH FAHAM
Rentetan berita yang dipaparkan di bawah ini berkenaan maklumat yang diterima kononnya Sofi Jikan telah meninggal dunia, kami cuba mendapatkan pelbagai reaksi dari sesiapa yang mengenali rapat dengan Sofi Jikan. Tidak lama kemudian kami menerima satu mesej dari perseorangan yang menyatakan tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Jadi apa yang boleh kami putuskan di sini, berlaku salah faham dengan bereta yang sampai kepada kami di mana yang mingggal dunia bukanlah Sofi Jikan sebaliknya adiknya yang ke-5. Apapun takziah diucapkan kepada Sofi Jikan. Semoga panjang umur dan terus mewarnai dunia seni tanah air. Malaysia perlukan pelakon hebat yang lebih ramai seperti Sofi Jikan. Watak apapun semua boleh bawa dengan baik dan berkesan.
RUMUSAN: BERITA KEMATIAN SOFI JIKAN TIDAK BENAR. HANYA SALAH FAHAM KERANA YANG MENINGGAL ADALAH ADIKNYA.
takziah kepada Sofi Jikan sekeluarga atas pemergian adindanya. Al-fatihah
.
.
0 ulasan:
Catat Ulasan