Sebab Kuota Jemaah Haji Dikurangkan Oleh Arab Saudi

Sebab Kuota Jemaah Haji Dikurangkan Oleh Arab Saudi 




Sebab Kuota Jemaah Haji Dikurangkan Oleh Arab Saudi 


Arab Saudi akan mengurangkan jumlah jemaah haji pada tahun ini ekoran kerja-kerja
pembinaan untuk memperluaskan kemudahan di tanah suci Mekah. Menteri Haji Arab
Saudi, Bandar Hajjar berkata, pihak berkuasa membuat keputusan mengurangkan
jumlah jemaah haji sehingga separuh dari Arab Saudi dan kira-kira 20 peratus jemaah
dari luar negara.

 ''Tindakan ini hanyalah bersifat sementara,'' katanya yang dipetik
agensi berita rasmi, SPA semalam. Banda berkata, peluasan Masjidil Haram di Mekah
akan menambah kapasiti dan keluasan yang membolehkan kira-kira 2.2 juta orang
menggunakannya pada satu-satu masa.

Kira-kira 3.1 juta orang mengerjakan ibadah haji pada tahun lepas, dengan
kebanyakannya merupakan jemaah asing. Keputusan itu juga diambil ketika Arab
Saudi mengambil langkah berjaga-jaga membendung penyebaran virus seperti
Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS). Kirakira 28 orang di negara ini meninggal dunia sejak September lalu akibat jangkitan virus
berkenaan. Penganut Islam di seluruh dunia dijangka mengerjakan ibadah haji pada
Oktober ini. - AFP

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink