Home » , , , , , , » Tambang Bas Naik 30 peratus Sempena Hari Raya Aidilfitri?

Tambang Bas Naik 30 peratus Sempena Hari Raya Aidilfitri?

Tambang Bas Naik 30 peratus Sempena Hari Raya Aidilfitri?

Tambang Bas Naik 


Tambang Bas Naik 30 peratus Sempena Hari Raya Aidilfitri?

.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengkaji sama ada membenarkan pengusaha syarika,t bas menaikkan tambang sebanyak 30 peratus.
Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata keputusan mengenainya akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar
Beliau diminta mengulas persetujuan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) supaya kerajaan menaikkan tambang bas bagi mengelakkan syarikat terbabit
mengalami kerugian sehingga terpaksa menamatkan operasi
“Kita akan kaji. Banyak mana? Itu kita akan timbang,” kata Syed Hamid kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Bas, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia 2013 di Seri  Kembangan, dekat sini hari ini.
Namun, Syed Hamid berkata pengusaha syarikat bas perlu seiring dengan SPAD dalam mencapai objektif untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada orang awam.
“Mereka memberi pandangan dan kita juga memberikan pandangan bagi mencari jalan terbaik untuk orang ramai,” katanya.
Syed Hamid juga berkata kerajaan memahami kehendak mereka yang ingin menaikkan tambang bas, namun mereka tidak seharusnya membuat sesuatu tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
Katanya kerajaan selama ini membenarkan pengusaha syarikat bas mengenakan caj tambahan sebanyak 10 peratus apabila tiba musim perayaan bagi membantu syarikat berkenaan.
“Masa nak balik, bas mereka penuh. Tapi lepas perayaan, bas mereka kosong. Mereka perlu juga menanggung kos bawa pulang bas kosong. Dan ketika ini kita benarkan mereka kenakan surcaj 10 peratus itu,” katanya.

Sinar

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink