Gempar!! Datuk K Parah,Patah Bahu Kemalangan Di New Zealand,Siti Batal Konsert Di Indonesia
Gempar!! Datuk K Parah,Patah Bahu Kemalangan Di New Zealand,Siti Batal Konsert Di Indonesia
KUALA LUMPUR 13 Dis - Penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terpaksa membatalkan konsert terakhirnya, Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin, Indonesia apabila perlu berlepas ke New Zealand untuk melihat keadaan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di sana.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan, dalam kemalangan itu Datuk K yang menunggang motosikal berkuasa tinggi patah bahu kiri, cedera pada tangan kanan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.
Sementara itu Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminat kerana tidak dapat mengadakan konsert yang sepatutnya berlangsung pada malam Khamis itu.
“Salam... maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya.
Siti akan berlepas ke New Zealand bersama kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa pada Jumaat ini untuk melihat keadaan suaminya.
0 ulasan:
Catat Ulasan