Pierre Andre Akan Terbit Novel Dan Filem Islamik | Road To Darussalam
Pierre Andre Akan Terbit Novel Dan Filem Islamik | Road To Darussalam
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah lelaki, Pierre Andre ketika ini sedang mencuba nasib untuk menjadi penulis novel setelah sekian lama menyepikan dirinya. Pierre memberitahu, sejak dari dahulu lagi dia mempunyai minat untuk menulis dan berkarya di atas kertas. Namun, usahanya itu terhenti seketika dek kerana masa yang terbatas dan terdapat komitmen lain yang perlu dia dahulukan. Sejak melalui perubahan dalam hidupnya, Pierre sekarang sedang berusaha menyambung kembali usahanya dan bakal menerbitkan sebuah novel yang berunsurkan Islamik .
“Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis tetapi kerana faktor kerjaya saya, terbantut
“Dan sekarang saya sudah mula menulis balik dan bagi saya menulis ini merupakan satu kepuasan di mana saya boleh luah apa yang ingin saya luahkan kerana dalam filem tidak semua saya boleh terjemahkan ke dalam naskhah filem atas faktor-faktor tertentu,” kata Pierre yang dipetik dari portal Gua.com.
Justeru, bagi memberikan hasil terbaik dalam naskah novelnya nanti, Pierre banyak melakukan kajian melalui Al-Quran dan menyelitkan kisah-kisah dari dalam kitab suci itu. “Apabila saya membaca kitab tafsir Al-Quran saya menganggapnya sebagai sebuah buku dan ianya amat menarik untuk dibaca dan diteliti,” katanya.
Kata Pierre, sudah hampir 15 peratus usaha menulis novelnya sudah berjalan. Novel hasil tulisan anak tunggal pelakon Khatijah Tan itu diberikan judul ‘Road to Darussalam’.
“Buat masa sekarang saya sedang fokus untuk menerbitkan sebuah novel yang berunsurkan keIslaman. “Judulnya diberi nama ‘Road to Darussalam’ dan setakat ini 15% telah disiapkan dan bakal dilancarkan pada tahun hadapan,” beritahu Pierre. Sebelum ini, kelibat Pierre dalam dunia lakonan dilihat hambar dan dirinya kian dilupakan.
Tetapi, sejak kemenangannya dalam Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung bulan lalu telah menimbulkan kembali Pierre ke dalam dunia lakonan. Pierre menafikan dia akan berhenti berlakon.
Sebaliknya, minatnya dalam pentas lakonan akan diteruskan untuk menyampaikan dakwah kepada umat Islam yang lain.
“Saya tidak akan berhenti berlakon dan akan terus berlakon dan menyampaikan saluran
dakwah saya melalui karya lakonan. Tetapi filem-filem yang akan saya lakonkan adalah berbentuk keislaman
0 ulasan:
Catat Ulasan