Puisi Heliza Helmi:Sajak Khas Palestin,Rintihan Palestin

Puisi Heliza Helmi:Sajak Khas Palestin,Rintihan Palestin





















Puisi Heliza Helmi:Sajak Khas Palestin,Rintihan Palestin



Sajak Khas Palestin yang dideklamasikan oleh Heliza Helmi (Pelakon/ Penyanyi/ Pengacara) dalam program Bicara Selebriti Siri-6 sempena Hari Hiburan Islam Kelantan yang telah diadakan pada 1 Disember 2012 bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan dihadiri oleh kira-kira 20 000 hadirin.








Rintihan Palestin - Heliza Helmi


Dari mana harus kita mulakan cinta dan kasih
Bagi merawat luka saudara kita yang pedih
Dari jauh kedengaran suara merintih

Ayah-ayah dibunuh disembelih
Ibu-ibu dinoda diperkosa
Anak-anak kecil terbunuh tanpa dosa
Kampung halaman hancur musnah tersungkur
Tanda kemanusiaan insan yang terkubur

Aduhai Palestin...
Saban hari kami menatap penderitaanmu
Parut luka lama masih belum sembuh
Kini ia berdarah semakin parah
Air mata tangisanmu tidak mampu kami kesat
Parah lukamu tidak terdaya kami rawat
Musuh durjanamu tidak bersungguh kami sekat
Apa hujah kami nanti di akhirat
Jika ditanya apa yang kami telah buat?

Masih tergamakkah kita berdiam kaku
Tanpa menghulur tangan sedia membantu
Sedangkan kita masih mampu mengadu
Kepada Tuhan Yang Satu...

Ya Allah...dengarlah suara rintihan ini
Buat saudara kami yang dikasihi
Hentikan segala kesedihan dan penderitaan
Kami merayu dengan penuh harapan
Hancurkan kezaliman musnahkan penindasan
Hantarkan pertolongan pasakkan keyakinan
Semoga ia berakhir dengan kemenangan.....

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink