Home » , , , , , , » Persoalan Ustaz Kazim Elias? Ada Insan Yang Menjawabnya...Baca La,,,

Persoalan Ustaz Kazim Elias? Ada Insan Yang Menjawabnya...Baca La,,,

Persoalan Ustaz Kazim Elias? Ada Insan Yang Menjawabnya.






Persoalan Ustaz Kazim Elias? Ada Insan Yang Menjawabnya.



Ada sesiapa yang dah tengok video persoalan yang dilontarkan oleh Ustaz Kazim Elias ni? jom kita baca pula jawapan dari persoalan ni :




Saya cukup terkilan mendengar lontaran pandangan oleh Ustaz kazim Elias dalam Wacana PRU13 - Apa Peranan Kita

Saya hormati beliau, namun saya ingin respon beberapa perkara.


1. Ustaz sebut "Tidak islamkah lagi negara kita yang selamat daripada riba?"


Saya ingin tanya, benarkah kita telah selamat daripada riba?
Beberapa contoh saya ambil, lihat kebanyakan perbankan di Malaysia, hanya beberapa bank sahaja yang mempunyai Panel Syariah, selebihnya bank-bank konvesional yang ada Interest dan fatwa pengharaman Interest ke atas satu-satu pinjaman adalah Ijma' (disepakati seluruh ulama dunia) tentang haramnya. Pembelian rumah, kenderaan dan lain-lain kebanyakkannya masih menggunakan sistem ini. PTPTN juga masih diteruskan sedangkan ia jelas riba. Mangsanya ialah rakyat awam yang tidak banyak pilihan untuk tanggungjawab harian.


2. Ustaz sebut "Adakah masih tidak dinamakan islam hanya kerana tidak melaksanakan hudud,"


Saya ingin sebut, yang menjadi masalah bukan setakat tidak mahu laksanakan, bahkan hina hudud dengan mengatakan "tidak sesuai", "tidak releven dengan negara" dan sebagainya, bahkan suara-suara sumbang suatu masa dulu menyebut "siapa mahu makan sup tangan boleh ke Kelantan."

Jangan kita lupa, ketika Kelantan ingin laksanakan undang-undang hudud, satu penegasan secara hitam putih diberikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS pada tahun 1994. Dan hingga kini, pusat masih bertegas akan mengambil tindakan tegas sekiranya hudud dilaksanakan.



Ustaz ada bagi contoh "Adakah kerana hudud dibuat, dan 90% lagi yang lain tidak dibuat adakah itu islam, contohnya negara yang buat hudud misalnya, tetapi rakyat menderita, makan minum takde, makanan halal takde, adakah ia islam.." saya nak tanya, cuba ustaz sebut negara mana yang ustaz maksudkan yang keadaannya sebegitu rupa.


3. Ustaz kata "hudud akan dikumandangkan setiap kali pilihanraya sebagaimana lagu raya akan dipasang ketika musim raya." dan menyatakan ia hanya untuk memancing undi Melayu.


Inilah masalah kita, ketika PAS menyatakan secara terang ingin laksanakan hudud, ramai yang menentang kerana mengatakan ia tidak sesuai dengan negara majmu' Malaysia, lalu PAS menggunakan pendekatan berbeza dengan memperkenalkan Negara Berkebajikan, terdengar pula suara mengatakan PAS telah lari dari perjuangan asal. Saya ingin sebut, kalau kita tidak mahu menyokong, jangan jadi pengongkong.


4. Ustaz sebut "orang menolak kamu bukan kerana masalah hudud, orang menolak kamu kerana kamu bersekongkol dengan puak-puak komunis, libralism dan pluralism."


Saya qoute ayat "bersekongkol dengan puak-puak KOMUNIS"
Sepatutnya ustaz perlu lebih teliti dan berhati-hati ketika melontarkan kata-kata. Siapa komunis? Adakah ustaz ingin maksudkan DAP komunis? Sungguh hati saya cedera dengan lontaran ini. Komunis dengan istilah mudahnya ialah kafir harbi iaitu kafir yang memerangi islam, menumpahkan darah umat islam, sedangkan orang-orang bukan islam yang tinggal di negara islam dan menghormati perlembagaan negara dalam masa yang sama tidak memerangi umat islam dinamakan kafir zimmi. Kafir zimmi wajib diadili sebagaimana orang-orang Islam yang lain, wajib dilindungi hartanya, keselamatannya, dan juga diberi kebebasan untuk mereka laksanakan tuntutan agama mereka.


Apakah ustaz lupa siapa yang menjadi penunjuk jalan kepada Nabi ketika Hijrah Nabi saw bersama Abu Bakar dari Mekah ke Madinah? Bukankah dia seorang Kafir musyrik yang bernama Abdullah bin Uraiqit? Mengapa saat segenting itu, ketika Nabi sedang dikejar dan dicari oleh orang-orang kafir untuk dibunuh, nabi masih lagi memilih orang-orang yang mahir dari kalangan kafir musyrik untuk menjadi penunjuk jalan? Mengapa nabi tidak risau kemungkinan ada agenda tersembunyi untuk memerangkap Nabi Saw bersama Abu Bakar lalu dibunuh? Inilah satu pengajaran dan pelajaran besar yang Nabi saw tinggalkan untuk kita.




Saya petik ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam Fiqh Daulah (kenegaraan) :


"Dan termasuk dalam berbuat baik (al-bir) dan berlaku adil terhadap bukan Islam yang tinggal dalam masyarakat Muslim. Diberikan hak kepada mereka untuk menjadi wakil dalam Dewan ini (Parlimen) supaya mereka boleh menyuarakan tuntutan kelompok mereka, sebagaimana wakil wanita menyuarakan tuntutan jantina mereka.


Dan agar mereka (bukan Islam) tidak berasa dipencilkan dari warganegara mereka sendiri, lalu (perasaan terpinggir itu) diambil kesempatan oleh musuh-musuh Islam untuk menanam dalam jiwa mereka kemarahan dan permusuhan kepada orang-orang islam. Dalam perkara ini (memencilkan non-muslim dalam negara) mengandungi mudharat dan bahaya ke atas seluruh orang-orang islam dan bukan islam."


Apapun, teruskan dakwah ustaz buat seluruh umat islam, mudah-mudahan Islam lebih subur dan bersinar suatu hari nanti. Amen


Insan Fakir lagi Dhaif
Ahmad Kailani Zahari
Mu'tah, Jordan.




P/S- Jangan kutuk or hina UKE ni,just bg pendapat n berbincangan jer pasal ni..dan setuju atau tidak apa UKE ni cakap.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Persoalan riba sudah jadi kebiasaan rakyat Malaysia. Jangankan ditegur, ostat2 PAS pun sudah suka dgn riba. Apatah lagi orang awam yg menjadi penyokong tegar UMNO. Mungkin jika ditegur hatta secara berhemah sekalipun, kemungkinan anda akan dibunuh adalah cukup tinggi. Umat islam sudah ketagih dan syiok membeli dengan cara riba. Kerana apa? Pertama, masing2 berlagak dgn pendapatan masing2. Yg bergaji 3 ribu sebulan, sudah laya memiliki kereta 100 ribu. Yg berpendapatan 20 ribu sebulan, sudah layak memiliki hara 500 ribu hatta cecah jutaan RM. Kuasa lonjakan memiliki dgn membeli secara riba ini, menyebabkan tuan2 imam sekalipun, sanggup bergolek didalam neraka tanpa ada keinginan mahu keluar lagi. Azab neraka sudah bertukar menjadi nikmat yg tiada tolok banding. Anda masih di Jordan dan mungkin belum berpeluang pulang berjumpa ostat2 kita yg berkeinginan kuat mengumpul harta riba.

Saya amat setuju dgn nukilan Saudara Ahmad Kailani. Mungkin saudara masih belajar dan belum memiliki harta riba. Jadi masih segar menegur. Bagi saya yg sudah 20 tahun bekerja, telahan saya, persoalan riba ini seolah2 umat islam betul2 sedang mabuk minum arak dan stim dadah dan tiada jalan keluar lagi.

Kita sudah mempunyai panel2 ulamak yg mendalami ilmu agama semata2 untuk menghalalkan ataupun sekurang2 dapat menipu Allah Taala. Mentang2 Allah Taala tak bercakap secara direct dgn manusia. Jadi dengan mudah perkara2 haram diislamkan mengikut kehendak pemerintah atau tuan yg memberikan gaji dan elaun. Tolong jadi jurucakap. Anda mungkin marah dgn kenyataan ini. Jika dibayangkan kehuduhan perangai Abu Lahab, tidak keterlaluan, hal2 riba ini jika disyarahkan, umat Islam sendiri dgn serta merta akan bertukar menjadi Abu Lahab moden yg tidak akan teragak2 membunuh anda dgn serta merta.

Kita sedang mabuk dgn produk2 islam. Nama islam dijaja kerana untung. Tidak keterlaluan dikatakan, Genting Berhad, Carlsberg dan Guiness sendiri akan ada produk2 islam mereka suatu hari nanti. Sekarang bank2 persendirian bukan islam sudah tanpa segan silu menamakan bank mereka sendiri sebagai bank islam. Mungkin anda pulang nanti, akan ada Genting (Islam) Berhad, insyaAllah. Dan umat islam berbondong2 suka dan senang tanpa mahu berfikir dan mengambil tindakan. Malah Guinness (Islam) Berhad juga sudah ada Panel Syariahnya sendiri terdiri dari manusia2 ulamak mungkin lebih alim dari Harun Din.

Saya mengharapkan keradhaan Allah keatas saudara sekiranya saudara terus berjuang menentang riba dan mampu mengajak 10 orang lagi keluar dari sistem ini. Atau sekurang2nya keluarga anda. Atau setidak2nya diri sendiri. Jika ini juga tidak mampu, bersedialah dgn kitab2 yang disimpan dan dikumpulkan tu, balik nanti buat lapik punggung sajalah sepertimana ostat2 yg ada di Malaysia ini. Sudah ramai batch2 saya di Sekolan Menengah Agama dulu, pulang dari negara2 arab, mengajar agama di surau2 dan masjid2, hal riba tak berani ceramah atau sebut pun. Jika suatu hari nanti, mereka2 ini ada upaya menyebut hal2 riba, saya akan bersedia dgn lebih tekun lagi kerana mungkin dalam 24 jam lagi, tiupan sangkakala pertama akan berlaku.

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink