Perhimpunan Bebaskan Adam Adli Di Jinjang 18 Ditahan 14 Lelaki 4 Wanita
Perhimpunan Bebaskan Adam Adli Di Jinjang 18 Ditahan 14 Lelaki 4 Wanita
Satu perhimpunan telah diadakan oleh rakyat luar Pusat Tahanan Jinjang bagi usaha menggesa membebaskan Adam Adli yang ditahan kerana kesalahan menghasutMalaysiakini melaporkan.. Polis menahan 18 orang daripada mereka yang telah berkumpul di hadapan balai polis Jinjang malam ini untuk menyatakan sokongan terhadap aktivis pelajar Adam Adli.
Dipercayai 18 orang yang ditangkap sewaktu program nyalaan lilin malam ini terdiri daripada 14 lelaki, termasuk Peter Chong yang merupakan pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa serta empat orang wanita.
Adam ditahan Sabtu lalu ekoran kenyataan yang dibuatnya dalam satu forum selepas pilihan raya yang dianjurkan oleh Suara Anak Muda Malaysia (SAMM), pada 13 Mei, dan dijangka didakwa atas tuduhan hasutan esok.
0 ulasan:
Catat Ulasan