INFO: Ketahui Hak Anda Bila Ditahan/Berhadapan Polis
Gambar Hiasan |
INFO: Ketahui Hak Anda Bila Ditahan/Berhadapan Polis
Ketahui Hak Anda bila Ditahan/berhadapan dengan POLIS TULEN.
Jika anda diberhentikan polis anda berhak menanyakan polis mengenai kad kuasa polis, katalah: "Encik, boleh saya lihat kad kuasa? Apabila diberhentikan polis, sering perhatikan nama dan nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis. Ambil perhatian juga tentang nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal / kenderaan polis tersebut.
Jika disoal oleh Polis semasa diberhentikan, anda hanya wajib menjawab Nama, No Kad Pengenalan & Alamat shj. Soalan lain tidak wajib.
Anda ditahan Polis Jika;
a) Polis kata, "Awak ditahan/ditangkap."
b) Polis tdk benarkan anda meninggalkn tempat itu
c) Anda digari
Apabila ditahan Polis anda mesti tanya: "Mengapa saya ditahan?" Polis wajib beritahu sebab anda ditahan & anda tidak perlu cakap apa2 lagi. Anda juga boleh tanya, "Ke balai mana encik hendak bawa saya?" Anda berhak hubung keluarga, peguam / rakan2.
Anda hanya boleh ditahan dalam lokap tidak melebihi 24 jam. Hak org ditahan dijamin bawah seksyen 28 Kanun Prosedur Jenayah. Anda mungkin disoalsiasat Polis, Ingat, anda berhak mendiamkan diri anda. Anda boleh cakap: Sy akan jwp di Mahkamah."
Jika anda dipukul/diugut dlm tahanan, minta keluarga/peguam bt laporan Polis, lapor kpd Majistret/buat laporan kpd Jabatan Tatertib Polis. Jika polis mahu menahan anda lebih daripada 24 jam, mereka perlu dapatkan perintah reman daripada Majistret.
Jika kesalahan anda berpotensi sabit hukuman penjara kurang dari 14 tahun; Reman pertama maksimum: 4 hari, Reman kedua: 3 hari. Jika kesalahan anda berpotensi sabit hukuman penjara lebih dari 14 tahun; Reman pertama maksimum: 7 hari, Reman kedua: 7 hari.
Dengan mempraktikan cara2 diatas mungkin dapat menyelamatkan anda dari POLIS PALSU yang sering mencari kesempatan untuk keuntungan diri sekaligus menjejaskan intergriti POLIS TULEN...-Jahar
0 ulasan:
Catat Ulasan