Home » , , , , , » Bos Tampar Pekerja Di Singapore (Video)

Bos Tampar Pekerja Di Singapore (Video)

Bos Tampar Pekerja Di Singapore



Bos Tampar Pekerja Di Singapore



Seorang penyelia di sebuah syarikat perisian di Singapura tergamak menampar seorang pekerja bawahannya berulang kali hanya kerana mahu mengajarnya cara-cara untuk membina keyakinan diri.
Penyelia itu yang dikenali sebagai Alan Lee akan menampar dan menumbuk pekerja yang tidak didedahkan namanya itu di hadapan rakan-rakan sekerja mereka tetapi mangsa yang dibuli tidak pernah sesekali melaporkan perkara itu kepada pihak atasan.
Mangsa tidak pernah melaporkan perkara itu kerana tidak mahu perkara itu melibatkan keluarga penyelia itu.
Walau bagaimanapun, akibat  sudah tidak tahan lagi dengan kejadian itu daripada terus berlaku, salah seorang rakan sekerja itu telah secara senyap-senyap merakam video menunjukkan perbuatan Lee menampar mangsa.
Video itu yang dimuat naik sejak dua minggu lalu terus menjadi ‘viral’ di negara itu selepas ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan penyelia tersebut.
Rakan sekerja yang merakam video itu kemudiannya mengatakan Lee berterusan membuli mangsa sejak dia memulakan latihan praktikal serta kemudiannya menyambung kerja di syarikat terbabit sejak tiga tahun lalu.
“Dia (Lee) mengatakan mangsa kurang keyakinan diri dan dia cuba mengajar mangsa untuk mengatasi masalah itu.  Saya berasakan benda itu sesuatu yang bodoh, macam mana kita nak mengajar seseorang dengan menggunakan cara yang kasar sebegitu?,” katanya.
Pekerja itu telah pun bekerja henti dari syarikat itu dan Lee juga telah memohon maaf kepada ibu bapa mangsa namun mereka mahu menyaman Lee sebanyak SG$100,000 (RM240,000) atas kesalahannya itu.
Betul ke kalau nak bantu seseorang itu membina keyakinan diri, kita harus menggunakan seperti cara yang telah dipraktikkan oleh Lee ini atau ini merupakan alasannya sahaja untuk melepaskan stress di tempat kerja.
Hmm, macam-macam hal.- Mynewshub


0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink