KEMERIAHAN RIBUAN RAKYAT HADIR KE HIMPUNAN KEMUNCAK BLACKOUT 505 | AMCORP MALL PETALING JAYA (Gambar Dan Video)
KEMERIAHAN RIBUAN RAKYAT HADIR KE HIMPUNAN KEMUNCAK BLACKOUT 505 | AMCORP MALL PETALING JAYA (Gambar Dan Video)
BERIKUT perkembangan Himpunan Suara Rakyat 505 yang berlangsung di padang timur Amcorp Mall, Petaling Jaya:
6.00 petang : Jalan ke tapak himpunan mula ditutup. Peserta himpunan mula memenuhi padang berhadapan Amcorp Mall
6.05 petang : Polis trafik membuat beberapa sekatan jalan menuju ke lokasi himpunan
6.15 petang : Kelihatan pihak polis sedang mengawal lalu lintas. Kawasan di sekitar lokasi himpunan dipenuhi dengan gerai menjual pakaian dan makanan
6.30 petang : Keadaan lalu lintas masih terkawal
6.45 petang : Pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani turut berucap. Sementara itu, peserta himpunan mula meletakkan kenderaan masing-masing di susur masuk lokasi himpunan
7.00 petang : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mula menyampaikan ucapan di pentas utama himpunan. Selain itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut menyampaikan ucapan dan membuat persembahan
7.15 malam : Setakat ni tidak ada sebarang provokasi dilakukan oleh peserta himpunan. Keadaan terkawal
7.30 malam : Kelihatan sudah ada peserta himpunan melanggar syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 apabila segelintir ibu bapa membawa kanak-kanak ke lokasi himpunan.
7.50 malam : Keadaan lalu lintas menuju ke lokasi mulai sesak.
8.15 malam : Ketika ini sekitar Petaling Jaya mulai hujan namun peserta dan penyokong himpunan tetap tidak berganjak.
8.30 malam : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin sedang berucap selepas solat maghrib.
8:45 malam : Jumlah peserta ke perhimpunan semakin bertambah. Turut kelihatan golongan orang kurang upaya (OKU) juga mengambil bahagian tanpa menghiraukan keselamatan mereka dan tiada kemudahan disediakan penganjur untuk golongan ini.
8.50 malam : Polis trafik dan pasukan FRU tidak lagi kelihatan berlegar ataupun mengawal lalu lintas di sekitar Amcorp Mall.
8.55 malam : Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedang berucap.
9.00 malam : Pemimpin DAP, Ronie Liu memberi ucapan.
9.10 malam : Keadaan di stesen LRT Taman Jaya mulai lengang.
9.15 malam : Giliran Dayang Ku Intan memberi ucapan.
9.16 malam : Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh memberi ucapan aluannya.
9.20 malam : Ketika ini, hujan lebat di lokasi himpunan namun peserta tetap tidak berganjak.
9.40 malam : Ucapan daripada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
10.15 malam : Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga mengambil tempat untuk memberi ucapan.
| SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT | |
| SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT | |
| SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT | |
| SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT | |
| SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT | |
| SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT | |
| SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT | pertama kali dalam sejarah,pusat membeli belah ini dipenuhi rakyat untuk solat berjemaah,dimulakan dengan geng R royalti dan diikuti dengan makmum2 dibelakang |
| SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT | |
| SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT | |
| SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT | |
0 ulasan:
Catat Ulasan