Suspek Hina Sultan Mizan, Sultan Terengganu Ditahan
Suspek Hina Sultan Mizan, Sultan Terengganu Ditahan
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya mengesan suspek yang menghina Sultan Terengganu di laman Facebook-nya.Dengan kerjasama polis, suspek berkenaan telah ditahan untuk disoal siasat.
Jika didapati bersalah, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan yang berunsur menghina terutama institusi DiRaja Malaysia.
"Undang-undang negara berkuatkuasa tidak kira di mana-mana, baik di luar mahupun di dalam talian."Pengguna media sosial perlu sedar bahawa mereka tidak sekebal seperti yang disangkakan.
"Jenayah tetap jenayah, walaupun di dalam media sosial," kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.
"Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai supaya berhati-hati dan bersikap lebih bertanggungjawab semasa berkomunikasi di alam maya. Sesiapa yang melanggar lunas undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan," katanya. - BERNAMA
Macai Umno rupanya..
Amek Kau Suka Hati Je Bodohkan Orang Kan dah kena tahan
0 ulasan:
Catat Ulasan