Penjelasan AirAsia Berkenaan Isu Halang Ibu Dan Anak Naik Pesawat DI Vietnam
Air Asia |
Penjelasan Air Asia Berkenaan Isu Halang Ibu Dan Anak Naik Pesawat DI Vietnam
SHAH ALAM - AirAsia Bhd menjelaskan syarikat itu perlu mematuhi piawaian dan kesihatan global berhubung isu seorang wanita dan anaknya yang tidak dibenarkan menaiki pesawat AirAsia untuk penerbangan AK1455 dari Ho Chi Minh City ke Kuala Lumpur, 18 Mei lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar berkata, penumpang itu dihalang menaiki penerbangan itu selepas disah menghidapi cacar air.

“Penumpang yang menghidap cacar air hanya dibenar terbang lima hari selepas simptom pertama muncul dan harus memiliki sijil perubatan yang sah atau surat doktor yang mengesahkan pesakit layak untuk melakukan perjalanan.
“Dalam kes ini, wakil kami telah menyediakan bantuan diperlukan kepada ibu dan anak itu, malah telah membuat persediaan untuk menerbangkan mereka kembali ke tanah air bersama dua orang dewasa yang menemani mereka secara percuma, sebaik sahaja kanak-kanak itu sihat sepenuhnya.
“Kami juga ada tawarkan untuk uruskan penginapan hotel dan pengangkutan, namun mereka memaklumkan sudah mempunyai kemudahan sendiri untuk berada di Ho Chi Minh City,” katanya.
Menurutnya, tindakan AirAsia tidak membenarkan ibu dan anak itu menaiki pesawat adalah untuk mengelakkan risiko jangkitan terhadap 175 penumpang lain dalam penerbangan tersebut.
Pada 15 Mei lalu, seorang kakitangan bank, Izan Suhaila Mohd Ali, 36, membawa anaknya Maryam Sofea Mohd Riza, 14 bulan, yang juga kanak-kanak OKU dan 10 saudara untuk bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam.
Beberapa hari sebelum berlepas ke Vietnam, Maryam disah menghidap cacar air. Namun, pada 18 Mei, kakitangan AirAsia di Vietnam tidak benar Izan menaiki pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan alasan Maryam menghidap cacar air.
Bagaimanapun, Izan, Maryam dan dua saudara yang menemani mereka, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 Mei, pada jam 7.45 malam menaiki penerbangan Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dengan bantuan Tourism Malaysia.
Kisah ini menjadi tumpuan media sosial selepas artikel disiarkan Mazidul Akmal Sidek, menerusi blognya www.mazidulakmal.com dan diikuti beberapa media tempatan. ~sinar harian

0 ulasan:
Catat Ulasan