Home » , , , , , , , » Plat Kenderaan Wilayah Persekutuan Baru Bermula 'W1A'

Plat Kenderaan Wilayah Persekutuan Baru Bermula 'W1A'

Plat Kenderaan Wilayah Persekutuan Baru Bermula 'W1A'

















Plat Kenderaan Wilayah Persekutuan Baru Bermula 'W1A'

PUTRAJAYA – Plat pendaftaran kenderaan yang baru bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan “W1A”.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengumumkan perkara itu pada Khamis berkata, siri baru berkenaan akan bermula sebaik sahaja siri “WYY” berakhir.
“Pada masa ini, siri nombor adalah “WYK6xxx” dan terdapat lebih 13 siri sebelum kita mencapai “WYY”.
“Kami menjangkakan plat pendaftaran akhir bagi WYY9999 akan diambil pada Julai ini,” katanya selepas taklimat oleh para pegawai kanan kementerian itu di sini, Khamis.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawai dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Ismail Ahmad.

Hishammuddin berkata, siri “W1A” akan berakhir dengan “W9999A”.
Mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, perkara itu telah dibangkitkan dalam taklimat tetapi beliau belum bersedia untuk mengulas lanjut.
“Saya baru sahaja memasuki (kementerian) dan tidak akan menyegerakan kesemuanya.
“Terdapat isu-isu lain yang perlu diselesaikan dengan beberapa tumpuan, keputusan Kabinet dan perbincangan dengan pihak ketiga,” katanya. – mStar Online

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink