Siapakah Red Bean Army Sebenarnya?
Siapakah Red Bean Army Sebenarnya?
DAP menafikan dakwaan bahawa parti itu mempunyai kekuatan seramai 200 orang cybertrooper digelar 'Red Bean Army' oleh Utusan Malaysia yang didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu.
Penasihat parti itu Lim Kit Siang dalam kenyataan hari ini berkata, sekiranya DAP menanggung kos RM15 juta setahun untuk mengupah 200 orang cubertrooper tersebut, seperti didakwa Utusan, bermakna parti itu perlu membayar RM108 juta sejak enam tahun lalu.
"DAP tidak mempunyai wang sebanyak ini walaupun bagi Umno dan BN ia mungkin hanya setitis air di lautan dana mereka mereka.
"DAP tidak membayar satu sen pun kepada mana-mana cybertrooper, tidak seperti Umno dan BN yang menggunakan (jutaan ringgit) untuk menganjurkan konvensyen media sosial di seluruh negara untuk mewujudhkan tentera cubertrooper berjumlah 10,000 orang sebelum pilihan raya umum ke-13.
"Adakah kita patut gelar 10,000 cybertrooper ini 'Belachan Army', 'Ikan Bakar Army' atay 'Cincin Army'?," katanya.
Lim mendakwa beliau tidak pernah mendengar istilah 'Red Bean Army' sehinggalah terbaca mengenai perkara itu dalam laporan Utusan beberapa hari lalu.
Katanya, laporan itu mendakwa modus operandi kumpulan tersebut adalah menjalankan serangan dalam talian ke atas mana-mana ahli politik, ahli perniagaan atau penghiburt yang dilihat pro-BN.
Siapa Lelaki bernama Shen Yee Aun DIatas Sebenarnya? Tonton VIdeo Dibawah
0 ulasan:
Catat Ulasan