Home » , , , , » Terkini: ADAM ADLI DIBEBASKAN DENGAN IKAT JAMIN

Terkini: ADAM ADLI DIBEBASKAN DENGAN IKAT JAMIN

ADAM ADLI DIBEBASKAN DENGAN IKAT JAMIN
















ADAM ADLI DIBEBASKAN DENGAN IKAT JAMIN

Jika semalam ramai penduduk berhimpun dihadapan pusat tahanan bagi menuntut pembebasa Adam Adli dan seramai 18 orang ditahan dan kebanyakan dari mereka dilepaskan semula


=PERHIMPUNAN BEBASKAN ADAM ADLI DI JINJANG 18 DITAHAN 14 LELAKI 4 WANITA (WITH VIDEO AND PHOTO)


Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan tahanan reman ke atas aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. 

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Norsharidah Awang, hari ini. 

Bekas mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. 

Adam Adli yang berpakaian t-shirt ketika dibacakan pertuduhan, diwakili tiga peguam iaitu Datuk S.Ambiga, N. Surendran dan Afiq Mohd Noor. 

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama. 


Kes Adam Adli akan disebut semula pada 2 Julai depan. 

Pertuduhan dibacakan oleh pendakwaraya Mahkamah Sesyen, Mitchell Yesuvass. 

Walaupun pendakwaraya menyifatkan Adam Adli tidak menimbulkan keganasan ketika melakukan kesalahan itu, namun kenyataan aktivis pelajar itu boleh menimbulkan keganasan. 

N.Surendran yang mewakili Adam Adli ketika pertuduhan itu dibacakan, mempertikaikan penahanan anak guamnya di bawah akta yang akan dimansuhkan seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini. 

Bagaimanapun hakim menjawab cadangan pemansuhan akta tersebut masih dalam kajian dan di peringkat pra-matang. 

Dalam penghujahannya, N.Surendran menegaskan anak guamnya sepatutnya dibebaskan tanpa ikat jamin kerana beliau seorang pelajar sementara bapanya seorang pesara kerajaan dan kes tersebut akan dibuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink