Home » , , , , , , , , , , » Sharifah Sakinah: Hanya Orang Terdekat Faham Maksud Video Kelucahan Itu

Sharifah Sakinah: Hanya Orang Terdekat Faham Maksud Video Kelucahan Itu


 Sharifah Sakinah: Hanya Orang Terdekat Faham Maksud Video Kelucahan Itu





















   Sharifah Sakinah: Hanya Orang Terdekat Faham Maksud Video Kelucahan Itu

“Video itu hanya sekadar gurauan antara saya dan rakan-rakan. Jika ada pihak yang kurang senang dengan penyebaran video tersebut, saya minta maaf,” ujar pelakon Sharifah Sakinah ketika mengulas mengenai kontroversi video yang dimuat naik olehnya menerusi akaun Keek milik pelakon Anzalna Nasir minggu lalu.

p/s : Gurau kasar tu dik :D
Video berbaur lucah bertajuk ‘Sharifah Sakinah, Apa Kes?’ itu telah mengundang kemarahan ramai, di mana rata-ratanya menganggap tindakan pelakon drama bersiri ‘Bunga Merah Punya’ di TV9 itu cuba meraih publisiti murahan dengan melakukan perbuatan yang kurang cerdik dan tidak bermoral. Adik kepada Sharifah Shahirah ini juga dikecam teruk apabila sebelum ini pernah memuat naik video bertajuk ‘Saya Sebenarnya Pondan’.

“Di sebalik video itu ada kisah yang tersendiri. Orang di luar sana dah salah faham mengenai isu ini. Saya hanya mahu menyakat rakan saya, itu saja. Mungkin mereka marah sebab terkejut bila saya buat macam itu, al-maklumlah mana ada artis lain yang berani buat macam itu lagi,” ujar Sakinah sambil mengulas tindakannya menggodam akaun Keek milik Anzalna.
“Memang saya guna telefon bimbit Anzalna. Sewaktu merakamkan video tersebut, Anzalna turut berada di sisi saya kerana ketika itu kami sedang berehat dari menjalani sebuah penggambaran drama. Malah, dia sendiri yang memadam video tersebut selepas dimuat naik. Apapun, seperti yang saya katakan tadi, hanya rakan terdekat seperti Anzalna dan Syazwan Zulkifli saja yang faham maksud video tersebut.”
Tambah pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar ini lagi, “Sejujurnya, tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya yang benda ini boleh jadi isu sebab itu memang cara saya. Saya memang suka menyakat kawan-kawan dan dari dulu lagi perangai saya memang nakal, dah tak boleh ubah.
“Itu adalah cara saya dan saya sudah biasa berperwatakan gila-gila. Lagipun, bukannya saya tunjuk ‘bra’ saya pada umum. Saya tak menyesal dengan apa yang berlaku kerana saya tetap jadi diri saya sendiri. Walau bagaimanapun, sekali lagi saya mohon maaf andai ada yang kurang senang dengan cara saya ini.”

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink