1Teachers Card - Kad Hutang Khas Untuk Para Guru
1Teachers Card |
1Teachers Card - Kad Hutang Khas Untuk Para Guru
SEREMBAN – Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan kad kredit terbaharunya, 1Teachers Card eksklusif untuk warga pendidik dengan tawaran pelbagai kemudahan menarik dan caj terendah.
Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Runcit BSN, Winston E. Jeyaprakash berkata, kad istimewa itu itu hanya terbuka kepada guru dan kakitangan yang bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
“Kemudahan ini merupakan kerjasama antara BSN dengan Yayasan Guru Malaysia Bhd. (YGMB) sebagai usaha untuk menawarkan penjimatan kadar caj kewangan terendah di pasaran iaitu pada kadar 8.88 peratus setahun atau 0.74 peratus sebulan.
“Kemudahan ini juga mengenakan caj kewangan tahunan pada kadar 8.88 iaitu paling rendah berbanding kad kredit lain yang kini mengenakan caj antara 17.5 hingga 18 peratus setahun,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kad kredit 1Teachers Card pada Pameran dan Festival Hari Guru 2013 di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi di sini semalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan