Home » , , , , , » Video Kenyataan Sebenar Nurul Izzah Mengenai Sokong Murtad

Video Kenyataan Sebenar Nurul Izzah Mengenai Sokong Murtad



Video Kenyataan Sebenar Nurul Izzah Mengenai Sokong Murtad diputar belit 3 portal media

Ternyata Cerita tentang Nurul Izzah Menjadi Sangat popular berbanding berita Pemilihan President Amerika Syarikat yang dimenangi oleh barack Obama,

Nurul izzah dipercayai telah menyuarakan pandanganya yang meremehkan isu aqidah menyokong isu murtad  dalam satu forum yang bertajuk 'islamic states'

Apa yang salahnya bila nurul izzah cakap bahawa sesiapa pun berhak mempercayai dan mengamalkan apa2 kepercayaan yang mereka yakini?



Tentang isu ‘kebebasan beragama’, Nurul Izzah dilaporkan berkata, ““Tidak harus ada paksaan di dalam agama..Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum).”
Manakala tentang isu LGBT, beliau berkata “Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini.
“Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima LGBT. Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang Muslim, saya tidak boleh menerima ini.
“Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna dari segi Islam dan juga mana-mana agama. Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi.”
Kata Anwar Ibrahim terhadap kenyataan nurul izzah

 “Siasatlah dia (Nurul Izzah) dahulu … tanyalah betul ke tidak betul…yang kilang arak San Miguel milik anak Mahathir (bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed) itu mereka (Umno-BN) tak berani nak cakap kenapa?

“Mereka (Umno-BN) secara lantang melaungkan..mana jabatan agama?…kalau Nurul Izzah, terus nak ambil tindakan, kalau ia melibatkan pemimpin Umno-BN?” katanya di dalam ceramah di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam, malam semalam.
Semasa berucap pada forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’ di Subang Jaya, Sabtu lalu, Nurul Izzah berkata Malaysia tidak seharusnya memaksa rakyatnya mengamalkan agama-agama tertentu.
Selepas kenyataannya dipaparkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia, NGO seperti  Perkasa dan Puteri Umno mendesak Nurul Izzah supaya bertaubat dan menarik balik kenyataannya kerana memberikan implikasi yang buruk kepada masyarakat dan agama Islam.
Bagaimanapun, Nurul Izzah bertegas bahawa kenyataanya diputar-belitkan dan beliau telah mengarahkan dua peguamnya Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah bagi memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa media lain.


anda nilailah sendiri KLIK=SINI











0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink