Home » , , , , , , , , , , » Kampung Sungai Acheh N21 Suatu Ketika Dahulu

Kampung Sungai Acheh N21 Suatu Ketika Dahulu

Kampung Sungai Acheh N21 Suatu Ketika Dahulu







Kampung Sungai Acheh N21 Suatu Ketika Dahulu


SEJARAH KAMPUNG SUNGAI ACHEH


Sungai Acheh adalah merupakan salah sebuah kampung yang terletak di Daerah Nibong Tebal,Seberang Perai Selatan dimana ianya bersempadan dengan Negeri Perak. Penduduk kampung Sungai Acheh ini telah menceritakan bahawa asal kampung ini mendapat nama adalah daripada kesan kedatangan pedagang-pedagang dari Aceh,Sumatera Barat Indonesia.
Mengikut cerita orang tua-tua,tempat ini kawasan pendaratan orang Aceh pada awal 1990. Bukti penempatan orang Aceh seperti kehadiaran hiasan bunga kerrawang dari negara jiran itu jelas mengukhuhkan cerita berkenaan.

Kesan daripada kedatangan pedagang-pedagang Aceh yang sering ulang –alik untuk berniaga dan juga sesetengah daripadanya yang berkhawin dengan penduduk kampung ini. Maka mereka telah bersepakat untuk menamakan kampung tersebut dengan nama “SUNGAI ACHEH “ ini adalah kerana sebagai menghargai jasa baik dan tanda terima kasih penduduk kampung kepada pedangang-pedagang tersebut yang telah berjaya mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang ada seperti perniagaan dan pertanian.

Kesan sejarah juga dapat dilihat pada ketika itu yang mana tongkang yang dinaiki oleh pedagang-pedagang ini telah karam di dasar sungai. Akibat daripada kesan permulihan jangka panjang tongkang tersebut telah di biarkan begitu sahaja dan lenyap oleh arus pembangunan yang semakin banyak. Selain dari kampung Sungai Acheh,ada lagi kampung –kampung lain yang turut menggunakan perkataan “ SUNGAI” di permulanya antaranya adalah Sungai Setar, Sungai Bakau, Sungai udang, Sungai Air Hitam, dan Sungai Chenaam. Kesemua kampung-kampung ini adalah merupakan kampung yang hampir dengan kampung Sungai Acheh.



SEJARAH KAMPUNG SUNGAI BAKAU

Sg Bakau adalah sebuah pekan kecil yang berada di sempadan Seberang Perai dan Perak. Sempadan negeri dipisahkan oleh Jalan Sempadan yang memanjang hingga ke Parit Buntar. Di pekan Sg Bakau terdapat beberapa buah kedai runcit, kedai makan, bengkel skuter motor dan basikal serta kedai-kedai lain. Terdapat juga kilang padi dan stesen minyak. Bengkel vespa di Sg Bakau ini pernah tersiar di akhbar kerana begitu popular di kalangan pemilik vespa yang datang bahkan dari luar Seberang Perai.Dulu



Kepada penduduk Kawasan Sungai Acheh yang membaca post ini,Inilah suasana di kampung kita sekitar zaman kemerdekaan yang dahulu,


Gambar -gambar ini telah dirakamkan pada 31 Ogos 1957 , Pintu gerbang yang mewakili setiap kampung dalam Kawasan Sungai Acheh pada waktu itu, setiap pintu gerbang yang dihasilkan ini menggunakan wang yang disumbangkan oleh penduduk kampung. Pembinaannya dijalankan secara gotong royong.



 Pintu Gerbang Sungai Udang



Pintu Gerbang Sungai Bakau





Pintu Gerbang Sungai Acheh, ( bangunan disebelah kiri gambar ,merupakan bangunan sekolah lama, yang pernah menempatkan perpustakaan desa sungai acheh. struktur asal masih boleh dilihat sehingga kini)






GAmbar pekan sungai acheh suatu masa dahulu 


Klik untuk lebih jelas


Pada 1970-an ada kedai baju,jual emas dan kedai potong seluar tapi sekarang tak ada



Adakah jika dibawah pimpinan pakatan rakyat calon N21 iaitu Che Gu Bard,Suasana kemerdekaan yang dahulu di sungai acheh dapatdirasai oleh generasi yang ada sekarang? 

Salah satu dari manifesto Sg Acheh
Jambatan dari Tg Berembang ke Pekan Nibong Tebal


Sempat jumpa teman lama Anwar Ibrahim dalam gerakan Islam, di Sg Bakau ,Pak Cik Him


0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink