Pak Nil Tarik Diri Dari MasterChef Selebriti Musim ke 2 Kerana Ibu Uzur
Pak Nil Tarik Diri Dari MasterChef Selebriti Musim ke 2 Kerana Ibu Uzur
Rancangan masakan popular, Masterchef Selebriti Musim ke 2 (MSM2) nyata mempunyai elemen kejutan dan dramanya yang tersendiri.
Terbaru, menerusi episod malam semalam, pengacara popular, Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil telah membuat keputusan untuk menarik diri dari MSM2 kerana keadaan ibunya yang kini berdepan dengan masalah kesihatan.
Pak Nil membuat keputusan drastik itu selepas salah seorang peserta iaitu pengarah Micheal Ang sepatutnya disingkirkan selepas masakan tunanya yang tidak berapa digemari oleh ketiga-tiga juri tetap rancangan itu iaitu Chef Adu, Chef Zubir dan Chef Joe.
Micheal Ang kemudiannya mendapat peluang kedua apabila pihak juri menghormati keputusan Pak Nil dan turut mendoakan kesihatan ibu selebriti popular itu agar kembali cepat sembuh seperti sedia kala.
Buat Pak Nil, semoga tabah dengan ujian yang menimpanya dan sebagai anak, keputusan yang dibuat Pak Nil dilihat amat bertepatan kerana seorang anak seharusya sentiasa berada di sisi ibunya tidak kira di kala mereka sedang sihat mahupun sakit.
0 ulasan:
Catat Ulasan