Home » , , , , , , , » 5 ditahan Kes culik Dj Julie Diana Omar Shariff

5 ditahan Kes culik Dj Julie Diana Omar Shariff



SENAI – Polis menahan lima lelaki dipercayai terlibat dalam penculikkan penyampai radio (Dj) Best 104 , Julie Diana Omar Shariff atau lebih dikenali sebagai JD, yang dilarikan lebih 10 lelaki, Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dr Hashim Haron berkata, kesemua suspek berumur 15 hingga 21 tahun itu ditahan sekitar negeri ini, kira-kira jam 2 pagi, semalam, bagi membantu siasatan.
Penahanan lima lelaki itu menjadikan tujuh lelaki yang dicekup polis iaitu membabitkan teman rapat DJ berusia 34  itu yang berusia 40an kira-kira jam 4 petang Ahad lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Lima lelaki itu dipercayai adalah individu yang diupah membabitkan kes percintaan tidak berbalas.
Sementara itu JD yang popular dengan segmen Melodi Senja dan Variasi memberitahu Sinar Harian di masih trauma selepas kejadian yang hampir meragut nyawanya itu.
“Saya diberikan cuti selama sebulan oleh doktor kerana trauma akibat kejadian itu..mungkin dua atau tiga minggu lagi, saya akan mampu kembali bekerja namun buat masa ini saya akan berehat untuk menenangkan fikiran," katanya.
Beliau juga berterima kasih kepada keluarga, kenalan rakan termasuk pihak pengurusan dan rakan sekerjanya di Best 104 begitu mengambil berat mengenai keadaan dirinya malah tidak jemu-jemu memberi sokongan moral supaya JD pulih seperti biasa.
“Jika saya kembali bertugas pada masa terdekat, saya lebih selesa untuk bekerja di belakang tabir buat sementara waktu kerana masih belum bersedia untuk keudara, namun saya akan kembali ke konti semula,” katanya.-akhbar sinar

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink