Home » , , » Pasport Baru 2013 Lebih Canggih

Pasport Baru 2013 Lebih Canggih



KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk mengeluarkan pasport dengan struktur baru yang lebih berkualiti iaitu jenis 'Polycarbonate Biodata Page' mulai tahun depan.

   
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata langkah itu bagi mengatasi masalah teknikal yang seringkali wujud dalam proses pengeluaran pasport.
   
"Kebanyakkan mesin pembuatan dokumen tersebut yang digunakan di pejabat-pejabat imigresen telah berusia lebih lima tahun dan digunakan sejak tahun 2007.
   
"Kondisi mesin-mesin tersebut kini kerap menghadapi masalah teknikal yang boleh menjejaskan pengeluaran pasport," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat di sini hari ini.
   
Beliau berkata orang awam sering berdepan dengan masalah mendapatkan pasport atas faktor tersebut dan terpaksa ke pejabat imigresen lain bagi mendapatkan pasport pada hari yang sama.

Dalam pada itu, Abu Seman berkata kementerian akan meneliti untuk turut mengurangkan caj bayaran pasport kepada mangsa jenayah yang kehilangan dokumen itu akibat dicuri atau disamun.
   
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada cadangan Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah). 
   
Fong berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan tersebut sebagaimana warga emas yang mendapat pengurangan diskaun 50 peratus pembayaran pasport dalam Belanjawan 2013 baru-baru ini. - Bernama

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink