Home » , , , , » Pelabur Emas Genneva Cuba Bunuh Diri

Pelabur Emas Genneva Cuba Bunuh Diri



sekumpulan pelabur emas syarikat Genneva Malaysia yang menyerahkan bantahan kepadanya untuk disampaikan kepada BNM di Kuala Lumpur semalam.

 KUALA LUMPUR – Cubaan membunuh diri, tidak mampu membiayai kos rawatan dialisis buah pinggang antara sebahagian kisah sedih yang dihadapi 60,000 pelabur syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia).

 Masalah itu timbul selepas operasi syarikat tersebut digantung sementara oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Oktober lalu kerana Genneva disyaki mengambil deposit secara haram, menggubah wang haram, mengelak cukai, memberi deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.

 Wakil perunding dan pembeli emas Genneva Malaysia, Al Jaz- zura Khan berkata, pelabur menghadapi masalah itu kerana mereka hilang pendapatan.



satu operasi serbuan bersama dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya semalam oleh pihak berkuasa kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang agensi-agensi
penguatkuasa berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata serbuan itu dilakukannya, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Jabatan Hal Ehwal Komersil Singapura turut melakukan operasi yang sama terhadap Genneva Pte Ltd di Singapura.

"Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati melabur wang masing-masing bagi mengelak menjadi mangsa aktiviti haram dan melanggar undang-undang," kata BNM.

Genneva Malaysia mengendalikan pembelian dan jualan produk emas. Syarikat itu mempunyai sekutu di Singapura, China, Hong Kong dan Filipina. 

Sementara itu, beberapa anggota polis mengawal ketat di pintu masuk syarikat itu.

Difahamkan serbuan itu dilakukan sejak pukul 1.30 petang dan kira-kira 50 pembeli dan jururunding syarikat pelaburan emas tersebut berkumpul di hadapan syarikat itu.

Konsultan syarikat tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 50, berkata syarikat itu tidak pernah menimbulkan masalah, malah syarikat itu mempunyai 50,000 orang pembeli emas.

"Setelah dua tahun lebih saya jadi konsultan, tiada masalah termasuk penipuan berlaku. Mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kejayaan syarikat," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, jurucakap BNM berkata syarikat itu disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

"Ada unsur-unsur penipuan daripada maklumat yang diberikan pelabur dan pemantauan dari BNM, kami ambil dokumen dan jongkong emas untuk tujuan siasatan," katanya.

P/s: NAmpaknya Bank Negara Malaysia dah naik angin serta menyerbu syarikat pelaburan emas malaysia,Bagaimana pula dengan nasib pelabur yang lain contohnya RGCX,VGMC. Kuasa besar ada dekat BNM.

BIar negara kaya,rakyat miskin papa kedana,bayar cukai tinggi kat kerajaan,,Nak labur ASB Baru berapa percent keuntungan..

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink