Home » , , » Larangan Bawa Telefon Bimbit Kesekolah Dikekalkan

Larangan Bawa Telefon Bimbit Kesekolah Dikekalkan



Pelajar tetap tidak dibenarkan bawa peralatan elektronik ke sekolah
 

Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah seluruh negara. 


Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata larangan berkenaan dinyatakan dengan jelas melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2009, tetapi kementerian sedang mengkaji keperluan gajet itu oleh pelajar. 



Perbincangan pihak berkepentingan 

“Satu sesi perbincangan meja bulat diadakan pada 25 Ogos lalu membabitkan pihak berkepentingan seperti pengetua, guru besar, ibu bapa dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

“Ia bagi mengenal pasti keperluan penggunaan gajet teknologi dan sebarang cadangan mengenai isu itu,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam). 

Teck Meng ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai hasrat kementerian membenarkan pelajar membawa telefon bimbit dan peralatan elektronik ke sekolah. 


Kementerian teliti 

Selain perbincangan meja bulat, Muhyiddin berkata, kajian turut dijalankan terhadap pelajar dan guru di sembilan sekolah bandar dan luar bandar di Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. 

Katanya, ia membabitkan dua Sekolah Kebangsaan (SK), dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dua SJK Tamil (SJKT), dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan sebuah SM Vokasional (SMV). 

“Seramai 274 pelajar sekolah dipilih bagi tujuan tinjauan asas ini," katanya sambil menjelaskan kementerian sedang meneliti secara menyeluruh semua dapatan dan pandangan masyarakat, termasuk tokoh akademik, pemimpin NGO, guru, ibu bapa dan pelajar sebelum membuat keputusan muktamad berhubung isu berkenaan.-agensi

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink