Home » , , » Robocop akan bantu polis perangi jenayah

Robocop akan bantu polis perangi jenayah



FLORIDA 2 Okt. - Impian orang awam untuk melihat polis robot seperti dalam filem terkenal Robocop, yang ditugaskan memerangi jenayah bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi selepas pasukan penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) dilaporkan sedang mencipta robot yang dikenali sebagai PatrolBot.


Laman web sains dan teknologi, Gizmag.com melaporkan, teknologi yang terdapat pada PatrolBot membolehkan anggota polis dan tentera yang mengalami kecederaan parah dapat bertugas semula seperti biasa.


Ini kerana Patrolbot dipasang untuk menggantikan mana-mana anggota tangan atau kaki anggota polis atau tentera yang hilang ketika mereka menjalankan tugas.
Teknologi terbaru itu dibuat berdasarkan kemajuan yang dicapai tentera AS dalam bidang telerobotik yang membolehkan pengguna disambungkan dengan wayar mengawal robot dan bertindak balas mengikut simulasi paparan.


Anggota keselamatan yang cedera akan menggunakan kamera dan sensor pada PatrolBot yang disambung kepada anggota dan tubuh mereka.
Mereka akan melihat menggunakan topi keledar realiti maya yang akan membuat ia kelihatan seperti mengintip melalui mata robot.


Lakaran awal telah disediakan oleh Universiti Antarabangsa Florida (FIU) dalam satu pertunjukan yang menampilkan Robocop android beroda dengan pakaian perisai perak.
Dengan pembangunan teknologi sedemikian, pasukan penyelidik AS berharap dapat menggunakan robot terbabit bagi mengawal kawasan awam yang mempunyai kadar jenayah tinggi dan mengawasi kawasan sensitif seperti pelabuhan dan kemudahan nuklear.

Idea penciptaan PatrolBot itu dikemukakan oleh, Leftenan Komander Tentera Laut Simpanan AS, Jeremy Robbins dengan kerjasama penyelidik dari FIU, Profesor Nagarajan Prabakar.

Menurut Robbins, teknologi terbaru itu akan memberi peluang kepada anggota tentera dan polis yang hilang keupayaan untuk terus berkhidmat bersama pihak keselamatan.
“patrolBot juga boleh berinteraksi dengan masyarakat, mengawal, bertindak balas terhadap panggilan kecemasan dan mengeluarkan saman," katanya. - AGENSI

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink