Aamir Khan Bawa Ibu Naik Haji


MUMBAI - Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain berangkat ke Mekah Jumaat lalu untuk mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita India Today semalam.
India Today melaporkan, walaupun Aamir sibuk dengan komitmen kerja, dia tetap berpegang kepada janji mengerjakan haji bersama ibunya.
Aamir yang memakai pakaian ihram dilihat berlepas dari Mumbai bersama ibunya serta lapan saudara mara lain pada pukul 6.30 petang Jumaat lalu.

Ia merupakan perjalanan haji pertama buat pelakon, penerbit dan pengarah filem berusia 47 tahun itu.
Dia tiba di sini dari Chicago, Amerika Syarikat pada Khamis lepas kerana sibuk menyiapkan filem akan datangnya bersama aktres Katrina Kaif, Dhoom 3.
Bintang pujaan ramai itu dijadualkan pulang dari mengerjakan rukun Islam kelima pada 3 November depan.


Selain berada di Mekah, Aamir dan anggota keluarganya akan melawat beberapa bandar berdekatan Madinah dan makam Nabi Muhammad SAW.
Mereka dilaporkan akan menginap di Hotel Al Massa dan Hotel Elaf Taiba masing-masing di Mekah dan Madinah.
Aamir merupakan salah seorang pelakon paling terkenal Bollywood ekoran kejayaannya menerusi filemLagaan, Rang de Basanti dan Three Idiots. - Agensi


P/s: Aamir khan bawa ibu tunaikan haji,minat betul dengan lakonan Aamir khan,lakonan aksi yang mantap,bukan berlakon tayang badan

Klik=SINI Jika anda ingin berikrar sebagai penderma organ

1 ulasan:

Axie04 berkata...

alhamdullilah,
sibuk2 pun sempat jugak bawak mak g menunaikan haji

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink