Bintang terkenal Amerika, Janet Jackson dikatakan telah memeluk Islam. Janet dan tunangnya Wissam Al Mana dilaporkan alarabia.net akan melangsungkan perkahwinan di Doha Qatar tahun hadapan.
Pasangan itu bercadang untuk mengikat tali perkahwinan di Doha tempat kelahiran bakal suaminya yang merupakan seorang jutawan.
Janet dan Wissam akan melangsungkan majlis perkahwinan mengikut cara Islam.
Seorang penulis terkenal Turkey, Adnan Oktar atau lebih dikenali dengan nama pena Harun Yahya turut menyebut bahawa Janet Jackson, 46 sudah memeluk Islam mengikut jejak langkah saudara lelakinya Michael Jackson.
Bagaimanapun beliau memilih untuk merahsiakan status agamanya daripada pengetahuan para peminat seperti yang dilaporkan oleh portal emirates247.com .
Menurut portal itu lagi, yang memetik sumber dalaman memaklumkan bahawa perkahwinan itu akan menjadi “antara terbesar, mewah, paling diingati dan bersejarah”
Janet dikatakan telah menjalinkan hubungan bersama Wissam yang berumur 10 tahun lebih muda daripadanya semenjak musim panas 2010.
Janet yang pernah menjalinkan hubungan selama tujuh tahun bersama penerbit muzik Jermaine Dupri itu berkata
“Ibu mendidik kami agar percaya bahawa umur hanyalah sekadar nombor. Kesemua adik beradik kami akan terus memberitahu umur kami kerana ia menunjukkan secara mental di mana kamu dan bagaimana kamu berfikir tentang diri kamu sendiri. Ia bukanlah masaalah”.
0 ulasan:
Catat Ulasan