Home » , , , , , , , , , » Anwar Akan Dedah Syarikat Bawa Pengundi Bangla- Air Asia?

Anwar Akan Dedah Syarikat Bawa Pengundi Bangla- Air Asia?

Anwar Akan Dedah Syarikat Bawa Pengundi Bangla- Air Asia?










Anwar Akan Dedah Syarikat Bawa Pengundi Bangla- Air Asia?



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendedahkan senarai syarikat penerbangan yang dipercayai digunakan Umno BN untuk membawa masuk warga asing bagi mengundi pada PRU 13.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memberi sebarang jawapan atas dakwaan yang dibuat. Saya memiliki segala dokumen syarikat penerbangan yang terlibat dan akan mendedahkannya semasa sidang media esok,” katanya dipetik TV Selangor pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Dagang,di sini pagi tadi.

Hadir sama, calon KEADILAN Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, calon KEADILAN Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin dan calon DAP DUN Teratai, Tiew Way Keng.

Dalam pada itu, Ketua Umum KEADILAN itu turut menyelar tindakan Umno-BN yang sering menggunapakai taktik kotor untuk memastikan pentadbiran negara terus berada di bawah cengkaman mereka.

Anwar berkata, pimpinan Umno-BN sepatutnya menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan dan bersedia menerima sebarang keputusan yang telah ditetapkan.

“Sudah-sudahlah dengan penipuan ini dan biar rakyat putuskan semasa 5 Mei nanti. Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut kerana kalau Umno-BN kalah sekalipun, beliau tetap ada jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

“Setiap pengundi harus keluar mengundi dan buatlah pilihan yang tepat. Kita harus usaha untuk pastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) bagi mengelakkan negara daripada terus ditadbir oleh pemimpin tidak telus seperti Umno-BN,” katanya lagi. ~keadilandaily



Bos Air Asia Dalang Bawa Pengundi Hantu?




mengikut laporan dari sebuah blog iaitu blog King Of Goblok, bos air asia telah menyediakan
3 penerbangan pergi balik yang mana perbincangan ini bermula pada 3 april 2013.

di sebalik perkara ini yang mana umum tahu pengundi hantu dari sabah dan serawak 
kini telah selamat mendarat di semenanjung malaysia untuk mengundi, dan hasil 
risikan, di dakwa mereka akan ke selangor dan johor bagi mempertahankan Barisan 
Nasional yang di jangka akan kalah pada 5 mei ini.

ajensi berita f tidak menuduh tony fernandes akan perkara ini, tetapi kami 
meminta agar tony fernandes supaya meNAFIkan perkara ini jika benar dia berada 
pada kedudukan tidak bersalah atau di aniaya oleh Barisan Nasional.

kami juga berharap agar Barisan Nasional terutamanya NAJIB menafikan
perkara ini, kerana umum sudah mengetahui bahawa Najib pernah bersabda.
''akan pertahankan putrajaya walau dengan apa cara sekalipun'' - AFEP


Rujuk Lanjut= King Of Goblok

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink