Ibu Datuk Husam Musa Pulang Ke Rahmatullah - Al Fatihah
(Husam Musa mencium tangan bondanya yang berada di hospital sebelum berangkat ke Putrajaya sebelum ini bagi membawa panji-panji Islam di sana. Ibunya meninggal dunia tengahari ini.) |
Ibu Datuk Husam Musa Meninggal Dunia - Al Fatihah
KUALA LUMPUR: Menjelang hari penting untuk calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa esok, bonda beliau Hajah Salma Haji Idris meninggal dunia tengahari ini.
Solat jenazah untuk Allahyarham akan disempurnakan selepas solat Asar petang ini di Masjid Kota, Salor.
"Sama-sama kita doakan Allahyarhamah ditempatkan di kalangan para anbiya dan orang-orang yang beriman," kata pembantu Husam dalam satu kenyataanya pagi ini.
"Dan semoga Datuk Husam sekeluarga terus tabah mengharungi perjuangan membela rakyat dan negara. Al-Fatihah," katanya lagi.
Husam sangat rapat dan menyayangi ibunya itu. Hampir kesemua keputusan besar yang hendak dibuatnya akan dimaklumkan dahulu kepada ibunya untuk memohon restu.
Sebelum menyertai pilihan raya di Putrajaya Husam telah ke hospital di mana ibunya sedang mendapat rawatan untuk memohon restu beliau - Harakah Daily

Mesej Dari Page Dato Husam Musa
Sahabat-sahabat sekelian..hari ini saya kehilangan Ummi..
Saya berada di atas kenderaan di Kota Bharu tadi..rancak berbincang dengan sahabat..bagaimana hendak membantu pengundi Kelantan pulang mengundi Pakatan Rakyat..
Kemudian pabila telefon berdering..saya menjawab panggilan isteri yang berada di sisi Ummi di hospital..diberitahu Ummi telah tiada..
Saya terdiam dan tertunduk seketika..terkejut kerana sewaktu menziarahi ummi sebelum ini..beliau tersenyum ceria..saya tatap wajahnya seolah-olah saya tidak mahu berpisah dengannya buat selama-lamanya..
Masya Allah..kehendak-Nya mengatasi keperluan hamba yang dhaif ini..
Lantas saya meminta saudara Razak menelefon Abe Mat Sohok, AJK Masjid Kg Kota untuk menguruskan persiapan jenazah..
Saya minta Abe Mat galikan kuburan Ummi dekat dengan kubur arwah bapa yang sudah kembali beberapa tahun yang lalu..
Saya sendiri, lantas menghubungi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Mat untuk beliau mengimamkan solat jenazah Ummi..Alhamdulillah Tuan Guru sudi..
Lantas saya teringatkan adik-adik..sempatkah mereka pulang menziarahi Ummi..sedangkan kita tahu sekarang ini..keadaan trafik dari KL ke Kelantan..jem teruk..
Ya Allah permudahkanlah urusan kami..Ya Allah ku pasrah dengan kehendak-Mu..
P/s: Innalillahi wa inna ilaihi Raaji'uun.. Semoga Allah merahmati ruhnya..
Takziah dato. Semoga kehilangan pd hari ini akan digantikan dgn sesuatu yg lebih bermakna pd hari esok. Insyaallah.
Sama-sama kita doakan Allahyarhamah ditempatkan di kalangan para anbiya dan orang2 yg beriman. Dan semoga Dato Husam sekeluarga terus tabah mengharungi perjuangan membela rakyat dan negara.
Al-Fatihah
0 ulasan:
Catat Ulasan