Home » , , , » Kereta Pengacara RTM Iesya Toh Kena Curi

Kereta Pengacara RTM Iesya Toh Kena Curi













Kereta Pengacara RTM Iesya Toh Kena Curi


PETALING JAYA – Pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM), Iesya Toh mengalami nasib malang apabila kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam miliknya hilang dipercayai dicuri di kawasan rumahnya di Kelana Jaya di sini pagi Sabtu.

Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sunny Toh, 29, berkata, dia hanya menyedari kehilangan kereta yang berpendaftaran WRH 1937 sekitar pukul 7 pagi Sabtu apabila dimaklumkan oleh bapanya.

Menurutnya dia terkejut apabila mendapati kereta tersebut sudah tiada di tempat yang biasa diletakkannya.

“Sebelum menyedari kereta saya hilang saya bangun pada pukul 6 pagi untuk solat Subuh dan selepas itu saya kembali tidur kerana kepenatan baru selesai penggambaran di Kuantan sebelum ini.

“Namun tidak sampai 10 minit saya terlelap saya tersedar ada bunyi bising diluar dan saya bangun untuk melihat dan mendapati sebuah van putih baru melintasi kawasan rumah saya.

“Bagaimanapun ketika itu saya perasan kereta saya masih ada dihadapan rumah dan tidak mengesyaki apa-apa,” katanya.

Tambah Iesya, dia bernasib baik kerana tidak meninggalkan apa-apa barang berharga di dalam keretanya cuma hanya meletakkan baju dan kasut untuk kegunaan penggambaran.

Dalam pada itu, Iesya menganggap perkara tersebut menjadi pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati dan berharap kepada sesiapa yang melihat kereta berkenaan supaya melaporkannya kepada pihak polis.

“Saya sekarang masih lagi tertekan kerana kereta tersebut merupakan kereta kesayangan saya dan berharap ia dapat ditemui semula,” katanya sedih. – mStar

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tv On Computer - Watch Countless Channels For nothing

Feel free to visit my web blog - BenQ EP5920

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink