Gaji Rm7500 Kerja Cuci Pinggan

Gaji cuci pinggan RM7,500 sebulan
SINGAPURA: Jumaat lalu, Ketua Pegawai Eksekutif  syarikat Sakae Sushi, Douglas Foo bercerita di radio UFM100.3 mengenai kepayahan untuk mencari pekerja berkolar biru tempatan. Ketika diwawancara Foo berkata, dia tidak berjaya mencari pencuci walaupun ditawarkan gaji Sg$3,000 (RM7,500) sebulan.
Perbualan itu menyebabkan tercetusnya debat umum, di mana ramai pengguna internet berpendapat tawaran gaji setinggi itu sukar dipercayai.
Seorang lelaki dipetik oleh akhbar tempatan sebagai berkata,
“Saya pernah menjadi pengurus dan hanya dibayar gaji Sg$2,500 (RM6,247). Sukar untuk saya dipercayai seorang pencuci mendapat gaji Sg$3,000 (RM7,500).”
Walau bagaimanapun, ketika Foo ditemui oleh wartawan untuk diwawancara seterusnya, bukan saja dia menolak kata-kata mereka yang skeptikal, malah menambah asas percakapannya,
“Sakae Sushi kini mencari 10 pekerja untuk mencuci pinggan dan menjaga kebersihan kedai kami
Mereka juga hendaklah datang kerja lebih awal, sebelum kedai dibuka untuk membersihkan premis dan membuang sampah.”
Walaupun restoran itu dilengkapi dengan mesin pencuci pinggan mangkuk, Foo berkata pekerja manual masih diperlukan untuk membersihkan sisa makanan dari pinggan mangkuk di permis itu.
Katanya, calon pekerja mencuci pinggan yang sedia ada didapati tidak sesuai, kerana itu mereka mempunyai kekosongan untuk 10 pekerja.

Semalam, syarikat itu melalui laman rasmi Facebooknya, mengesahkan mereka mencari pencuci pinggan warga tempatan atau penduduk tetap Singapura sahaja dengan tawaran gaji Sg$3,000, sebulan.
Dalam status yang dikemas kini pada jam 5 petang, Sakae Sushi berkata:
“Kami mengesahkan kami memerlukan pekerja warga Singapura atau penduduk tetap dengan gaji Sg$3,000.
Mereka yang memberi respons kepada status itu skeptikal dan menganggap ia cuma helah pemasaran Foo.

7 ulasan:

Unknown berkata...

3 orang mahu kerja Singapore??

Unknown berkata...

Ada lagi?

Unknown berkata...

Ada lagi?

Unknown berkata...

2 orang mahu masuk kerja cuci pinggan tak ??

Unknown berkata...

Assalamualaikum.. 2orang masuk kerja tak ? 🗣🗣🗣🗣🗣

Unknown berkata...

Sye nk caari kje ne ada lgi x

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink