IZZUE ISLAM BAKAL KAHWIN 2 JUN INI
IZZUE ISLAM BAKAL KAHWIN 2 JUN INI
izzue Islam bakal berkahwin pada 2 Jun ini? Baru-baru ini kecoh apabila ada sesetengah pihak mendakwa bahawa ahli kumpulan Forteen ini telah bertunang dengan pengurusnya yang dikenali dengan nama Awin. Bagaimanapun, Izzue tidak pernah mengiyakan perihal pertunangannya itu.
Kini jejaka kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini akhirnya mengiyakan desas desus yang mengatakan dia telah bertunang adalah benar. Namun atas alasan untuk menjaga hati pelbagai pihak, berita pertunangannya terpaksa dirahsiakan.
"Mula-mula Izzue ingin meminta maaf kerana terpaksa merahsiakan pertunangan kami. Ini kerana saya memilih untuk tidak menghebohkan perkara ini kerana khuatir jika apa-apa terjadi. Bertunang itu tanda dan bila-bila sahaja ia boleh terputus," ujar Izzue ketika dihubungi GUA pada Khamis.
Tidak dinafikan nama Izzue kian meniti di bibir peminat-peminat wanita ketika ini, namun bagi Izzue keputusannya untuk berkahwin pada usia 23 tahun bukanlah penghalang untuknya terus mengecap populariti.
"Bagi Izzue perkahwinan itu wajib. Insyaallah perkahwinan ini tidak akan memberikan kesan kepada kerjaya saya kerana bagi saya peminat masa kini bersikap lebih terbuka," ujarnya lagi.
Izzue dan Awin sudah berkawan selama lima tahun dan bakal berkahwin pada 2 Jun ini di Shah Alam. Bagi Izzue, dia tidak pernah meletakkan umur sasaran untuk berkahwin, tetapi dia percaya kepada rezeki dan takdir yang telah disusun oleh Allah untuknya.
0 ulasan:
Catat Ulasan